Belajar dan penat tidak dapat dipisahkan. Itulah hakikat kehidupan seorang pelajar. Tiada yang dapat lari daripadanya kecuali kepada yang tidak mengambil peduli tentang pelajaran.
Itulah yang terjadi kepada Ema, pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan besar, PT3. Hidupnya sudah pasrah untuk belajar walaupun berkali-kali dipaksa oleh ibunya, Puan Aisyah dan guru-gurunya. Kini, sudah memasuki bulan ke 4 dan tarikh peperiksaan semakin hampir.
"kau ni bila nak belajar? PT3 dah nak dekat tau." tegur rakan sekelasnya, Nadia. "hari ni hari jumaat. Rehat lah dulu. Asyik belajar je," ujar Ema.
Hari jumaat juga adalah hari kebenaran bagi ibu bapa pelajar perempuan untuk melawat. Ema mengeluh lemah. Pasti ibunya datang dengan makanan herba itu lagi. Hampir setiap minggu, Ibunya akan datang untuk menghantar makanan herba sebagai makan tambahannya di asrama. Dia sudah lali dengan bebelan ibunya setiap kali datang melawatnya.
Ini semua gara-gara keputusan UPSR. JIka bukan kerana keputusan yang kurang membanggakan, permohonan untuk memasuki sekolah impian ibunya, SMK Sains Johor tidak ditolak.
Hon kereta kedengaran. Pasti itu ibunya. Ema mencapai tudung dan melangkah lemah keluar daripada bilik. Kelihatan ibunya datang tanpa membawa barang. Ema berkerut, ini aneh. 'Mungkin mama tertinggal kot,' monolognya.
Ibunya datang kearahnya dan memeluknya dengan penuh erat. Suasana menjadi janggal. "Mama, kenapa ni?" soalnya. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena. "Tak ada apa-apa. Mama tiba-tiba teringat Ema seorang saja anak yang mama ada," ucap Puan Aisyah.
Ema membalas dengan kerutan di dahi. Kata-kata ibunya cukup menimbulkan sesuatu yang tidak pernah dibicarakan sebelum ini. Benar, selepas mama dan ayah berpisah sewaktu umurnya sekitar setahun, mereka hanya tinggal berdua. "Ema, ingat pesan mama. Terimalah seseorang itu seadanya," pesan ibunya.
Ema hanya merenung ke mata ibunya. Sepertinya ibunya cuba untuk menyembunyikan sesuatu."mama okay?" soal Ema. Mama selalunya akan meluahkan atau berkongsi masalah dengannya memandangkan mereka hidup berdua. "mama okay," jawab Puan Aisyah ringkas.
Beberapa jam yang lalu, suasana di dalam kereta menjadi tegang. Amielyn melihat pemandangan luar sepanjang perjalanan untuk mengurangkan rasa bosan. "Ingat, buat apa yang mama suruh," wanita itu cuba bersuara untuk memecahkan keheningan. Wanita yang cuba untuk mengubah hidupnya. Amielyn mengangguk daripada belakang. Dia sedar bahawa wanita itu sedang memerhatikannya. Betulkah keputusannya ini? Bukankah ini yang dia mahukan? Hanya untuk menunaikan janji yang satu.
"Ema, mak kau cakap apa?" tegur Nadia. Tingkah laku Ema selepas bertemu dengan ibunya tidak seperti biasa. "Aku pun tak tahu. Mak aku tiba-tiba jadi pelik," kata Ema. Nadia memeriksa tangan Ema. "Mak kau tak bagi makanan herba tu?" duga Nadia.
Kebiasaannya Ema akan memberi Nadia makanan herba sejurus selepas berjumpa dengan ibunya. Ema menggeleng kepala. Nadia pula menunjuk reaksi pelik. "Itu pelik," balas Nadia. Ema menuju ke arah tingkap bilik jikalau ibunya masih di situ.
YOU ARE READING
The Work
Ficção GeralHimpunan coretan cerita Tiada spesifik bab TW! Cliché That's it.