" Ye mak, angah buat betul - betul lah nanti,"
Suara itu cukup kedengaran jelas. Kawasan itu sepatutnya tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon. Alya cuba untuk bersabar buat sementara waktu mengharapkan panggilan itu akan tamat dengan segera. Selang beberapa minit kemudian, sepertinya panggilan itu tidak akan berhenti.
Di hadapan nya, terdapat puluhan meja kosong yang tersedia. Di situ juga, dia nampak seorang pelajar siswa sedang sibuk dengan panggilan telefonya tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Perpustakaan ketika ini kurang dikunjungi pelajar dek kerana waktu kelas sedang berlangsung.
Memandangkan kelasnya dibatalkan oleh pensyarahnya, Alya mengambil masa itu dengan mengulang kaji di perpustakaan. Suasana di perpustakaan cukup lengang. Hanya bunyi penghawa dingin dan kipas menjadi peneman sepanjang dia berada di sana. Tidak lama kemudian, muncul seorang siswa memasuki kawasan itu.
Lelaki itu memilih untuk duduk di penjuru memandang dia sedang sibuk menjawab panggilan. Padanya alya tidak kisah. Tetapi, lama kelamaan suara siswa itu semakin mengganggunya.
Setelah beberapa minit dibelenggu dengan gangguan itu, Alya keluar daripada perpustakaan menuju ke kafe berdekatan. Kopi kegemarannya sering menjadi pilihan. Alya berehat sebentar sebelum menyambung semula ulang kajinya yang tergendala.
Sementara menunggu pesanannya siap, Alya memeriksa akaun sosial medianya. Perkara yang ditemuinya saat membuka aplikasi sosial media, pasti terlihat video atau gambar sepasang pasangan berbahagia. Hatinya terdetik.
" lama sangat aku single ni," gumamnya.
Alya gelak kecil, terhibur dengan apa yang difikirkan. Semenjak dia memasuki dunia universiti, tidak pernah dia tertarik untuk jatuh cinta lagikan untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Selain kerana ia haram, dia terlalu sibuk untuk memikirkan tentangnya.
Jangankan kerja daripada pensyarah, malah dirinya sendiri tidak terusus kadang kala. Ada hati pula untuk mencari pujaan hati.
" Alya," namanya dipanggil tanda pesanannya sudah siap.
_______________________________________
" Angah tahu, "
Suara itu kedengaran lagi. Lama betul lelaki itu menelefon. Alya memperlahankan langkahnya sewaktu melintas dihadapan lelaki itu.
" nanti lah angah cuba tanya kawan macam mana nak score calculus ," berselangkan dengusan.
Alya tersentak. Di dalam kampus nya terdapat 2 bidang fakulti yang fokus dalam subjek ini iaitu enginering dan sains gunaan. Memandangkan lelaki itu student calculus, mungkin dia dalam lingkungan pelajar semesta 1 atau 2.
Alya pelajar tahun dua diploma sains. Subjek calculus juga antara subjek yang diambilnya. Jujur, subjek itu cukup mencabar untuk dipelajari. Dirinya juga bersengkang mata setiap malam hanya untuk menangkap semula apa yang dipelajari untuk 1 sub bab sahaja.
Langkahnya dipercepatkan menuju ke dalam perpustakaan. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Peek hour buat pelajar untuk membeli makanan. Memandangkan dia mempunyai kelas pada pukul 2 petang nanti, dia perlu segera pulang ke kolej untuk mengambil buku bagi sesi kelas tersebut dan selesaikan keperluan diri.
Setelah selesai mengemas buku dan begnya, hatinya terjentik. Langkahnya berubah arah. Perlahan - lahan mendekati ke arah meja yang diduduki oleh lelaki itu.
" Aizat,"
Nama yang tertentera pada kertas ujian 1 calculus itu diperhatikan.
" Ouh, student enginering,"
Terdapat beberapa sticky note di pejuru kertas itu menarik perhatiannya.
' you can duitt!'
Alya ketawa kecil dengan kata - kata itu. Matanya naik memandang semula ke sekelilingnya untuk memeriksa jika dia masih berseorangan atau tidak. Benar, dia berseorangan.
Sememangnya, satu idea mula memasuki ke mindanya. Alya segera keluarkan 2 buah buku rujukan calculus yang sering dipinjamnya. Beberapa helai stickey note dan sebatang pen juga dicapainya. Beberapa nota perkataan ditulis sebelum ditampalkan ke beberapa tempat.
' Nak buku rujukan? Pergi rak ke tujuh ( kanan ) tingkat 3 dan 5 ,'
Segera dilekatkan pada kotak pensel Aizat.
Langkahnya segera ke rak buku tersebut. Kedua - dua buku itu diletakkan pada tingkat 3 dan 5 seperti yang ditulisnya. Buku tersebut juga diselitkan dengan 1 sticky note yang berbeza.
' Fighting! ' Pada buku di tingkat 3 .
' Contact me if kalau nk bertanya^^ 013-xxxxxxxx ' pada buku di tingkat 5
Senyuman di bibirnya terukir. Mungkin dengan cara ini, dapat membantu lelaki itu. Dia sedia membantunya walaupun dengan cara berbeza. Tujuannya meletakkan buku itu di rak supaya mudah untuk mencari buku rujukan yang seakatan dengan bidang itu.
Selesai dengan rancangannya, Alya segera menuju ke pintu utama. Jika dia lambat tiba di dewan makan, dia perlu beratur panjang pula. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak gerinya.
" Ouh, dialah orangnya," katanya, sinis.
___________
Saat Alya tiba di pintu utama perpustakaan, kelibat seorang lelaki tergesa - gesa memasuki ke dalam perpustakaan.
" Aiman ,"
Matanya sempat menangkap tag nama pada lelaki itu.
' Ingatkan Aizat tadi,' monolognya.
_____________
" Akhirnya!" kata Aiman, lega.
" Lama betul orang sebelum ni guna," katanya sambil mengambil buku rujukan pada tingkat 5 itu. Pelajar semesta 3 itu segera ke kaunter pinjam buku untuk mendaftar buku itu dalam senarai pinjamannya.
Saat sibuk menyelesaikan urusannya,
" Assalamualaikum bro !" Sapa Aiman pada rakannya yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Rakannya itu mengangkat kepala membalas sapaan dengan senyuman.
" Waalaikumusalam,"
" Wei, sorry. Tadi madam keluarkan lambat pulak," kata Aiman. Lelaki itu sekadar mengangguk tanda faham akan situasinya. " By the way kan, ni lah buku rujukan yang aku cakap sebelum ni," kata Aiman sambil menghulurkan buku rujukan tebal itu.
Azfar memerhatikan buku rujukan itu lama sebelum senyuman terbit di bibirnya.
" Apahal wei?" kata Aiman menegur rakannya yang bereaksi pelik. Azfar sekadar menggeleng. " Aku pergi tandas jap," kata Aiman lalu segera ke tandas berdekatan.
Azfar menyelak pada kulit buku tebal itu dan menjumpai kertas berwarna kuning kecil di dalamnya.
" Well, i got your number,"
21.08.2023
YOU ARE READING
The Work
Fiksi UmumHimpunan coretan cerita Tiada spesifik bab TW! Cliché That's it.