𝐷𝑒𝑠𝑎𝑘

2 0 0
                                    

Dua minggu yang lalu 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua minggu yang lalu 

"Kau duduk guna bilik solat lagi?" soal lelaki yang berada di sisiku. Aku hanya mengangguk menjawab soalan lelaki itu. "Hati - hati kalau tinggal seorang diri dalam bengkel tu," pesan lelaki itu pada aku. 

Aku hanya diam sambil menunggu giliranku untuk membuat bayaran. 

Pelik. 

Setahu aku dia bukan seseorang mudah dibawa borak bersama sesiapa. 

Aiman. Aku hanya tahu kemunculannya di dunia ini selepas diterima bekerja bersama ayahku. 

Ayah baru memulakan perniagaannya dalam perkhidmatan penyelenggaraankenderaan bermotor kecil - kecilan. Tahun lepas, ayah berjaya menyewa satu lot kedai di kawasan gerai baru berdekatan rumah. 

 Tetapi, nasib perniagaan ayah tidak baik selepas kerajaan mula memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perniagaan baru ayah kurang bernasib baik dalam beberapa bulan. 

Selaras dengan itu, beberapa kecurian dan pecah masuk mula dilaporkan. Ini lebih merisaukan ayah dan mengharapkan situasi itu tidak berlaku pada dirinya. Aku hanya pelajar sekolah menengah tahun akhir sebelum menamatkan zaman sekolahku. 

Rutin baharu bagi aku untuk menumpang di satu bilik solat dalam bengkel ayah sepanjang pembelajaran secara online. Capaian internet di rumahku kurang baik berbanding di bengkel. 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, kawasan lot kedai itu amat sunyi memandangkan kawasan itu baru dibuka dan kedudukannya agak terpencil dan jauh dari jalan besar. 

 Selepas Aiman selesai membuat bayaran, tiba giliranku pula. "Dia kerja dengan ayah kau kan?" soal juruwang sambil mengira harga baranganku. Aku hanya mengangguk sambil mengeluarkan duit. 

Selesai aku menyelesaikan urusan ku di kedai runcit itu, aku berjalan seorang diri pulang semula ke bengkel ayah. Terdapat beberapa lot kedai di kawasan itu belum dibuka secara rasmi. Terdapat sesetengah kedai hanya bertahan beroperasi selama 5 bulan sahaja dan ditutup semula. Hanya bengkel ayah dan kedai runcit itu sahaja yang masih bertahan. 

 Di hadapan bengkel ayah, terdapat beberapa kereta yang tersidai tanpa pemilik. Kereta - kereta itu milik pelanggan ayah untuk dibaiki. Ruangan bengkel ayah tidak mampumenyimpan kesemua kenderaan pelanggannya. 

Ayah pernah berkongsi cerita bahawa sepanjang kehadiran Aiman, kerja ayah menjadi lebih mudah dan terjamin. Aiman seorang yang boleh dipercayai bagi ayah. Tetapi, padaku dia seseorang yang mencurigakan. 

Segalanya masih berjalan dengan lancar. 


~~***~~ 


 Pagi hari kejadian 

"Aduh, mana pula spanar ni?" kata ayah. Aku melihat ayah dalam keadaan tercari - cari. Barangkali barang ayah hilang dari tempatnya. 

The WorkWhere stories live. Discover now