Gyuri memusingkan badannya tatkala terdengar namanya dipanggil. Serasa sesuatu yang mencucuk pipinya. Ternyata ianya Han Yujin yang mencucuk pipi Gyuri dengan jari telunjuknya itu. Gyuri tergelak kecil.
" Apa ni Yujin ? Ingat dalam drama ke ? " kata Gyuri sambil ketawa.
Yujin tersenyum sehingga menampakkan eyesmile sambil menghulurkan sesuatu kepada Gyuri.
" Nah. Make sure makan tau. Kalau tak Yujin merajuk. " katanya lantas berlari anak meninggalkan Gyuri keseorangan diikuti dengan gelak ketawanya.
" Apa dia ingat dia budak kecik ke ? Han Yujin !! Tunggu laa ! " Gyuri segera berlari mengejar Yujin yang sudah jauh dihadapan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Yujin ralik menyalin nota yang diberi oleh guru mata pelajaran matematik itu sehingga tidak menyedari waktu rehat telah bermula. Yujin merupakan pelajar harapan yang sering mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam kelas mahupun keseluruhan. Lain pula dengan Gyuri. Gyuri sekadar mendapat markah yang sedang-sedang sahaja. Atas pagar bak kata orang.
Yujin dan Gyuri sudah lama berkawan sejak mereka umur 13 tahun lagi. Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka dimana mereka akan menduduki peperiksaan penting untuk menentukan tahap mereka.
Oleh itu Yujin makin fokus di dalam kelas. Katanya nak menyambung pelajarannya di universiti yang bagus dengan usahanya sendiri walaupun boleh sahaja masuk mana mana universiti kerana orang tuanya merupakan orang besar dan mempunyai syarikat sendiri. Senang cerita orang kaya la katakan.
Sedang Yujin menyalin nota, sekotak susu dan sebiji roti berintikan krim vanila diletakkan di atas meja. Yujin mengangkat kepalanya.
" Fokus sangat salin nota sampai satu apa tak makan lagi. Nah ni makan. " kata Gyuri lalu mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan Yujin.
Yujin tersenyum. " Terima kasih. "
Dia membuka kotak susu tersebut dan meneguknya. Gyuri tergelak kecil melihat gelagat Yujin itu sambil membukakan roti tersebut untuknya.
" Exam dah nak dekat ni. Awak pun patut study tau sekarang. Kalau tak nanti macam mana nak jawab time exam nanti ? " Yujin menyoal Gyuri sambil menatap wajahnya.
Gyuri mencebik. Dia menongkatkan dagunya. " Ish tak habis habis nak membebel. Iyaa nanti saya study. " balasnya.
" Bukan apa tapi tak boleh nak percaya awak study sendiri. Hujung minggu ni kita jumpa kat library okey ? Bawak buku bukan bawak diri. " Yujin menyuakan roti ke dalam mulutnya.
" Ish tau lah. " Cebik Gyuri lalu beredar ke mejanya.
Yujin tergelak melihat gelagat Gyuri yang seperti budak kecil itu lalu menyambung kembali menyiapkan notanya itu.