03

48 8 0
                                    





Kelihatan Gyuri sedang ralik menonton televisyen sambil memegang semangkuk ramen yang dibuatnya tadi. Baru ada feeling nak tengok movie sambil makan. Sampai sahaja bahagian klimaks cerita itu, Gyuvin secara tiba-tiba berada di hadapan Gyuri lalu merampas ramen di tangannya.

" Gyuri dengan Yujin... takde apa-apa ke ? " soalnya sambil mengambil sesuap ramen.

" Takde apa-apa ? Maksudnya apa ? " Gyuri memandang Gyuvin yang sedang melahap ramennya dengan berselera sekali.

" Yelah abang tengok korang berkawan dah lama sangat, takkan takde apa-apa perasaan kot. " kata Gyuvin lagi sambil menghirup kuah ramen tersebut.

Automatik wajah Gyuri berubah suhu tatkala Gyuvin mengatakan ' takkan takde apa-apa perasaan kot '. Mustahil la Yujin mahu sukakan dirinya, ramai lagi kat sekolah tu yang berebut mahu menjadi pasangan Yujin. Cumanya Yujin ni seringkali reject mereka.

" Apa pulak ? Ish merepek je abang ni. Bak sini ramen tu, pergi la masak sendiri. " Gyuri merampas kembali ramen dari tangan Gyuvin sambil memandangnya sinis.

Betapa bahangnya Gyuri pada saat itu apabila mangkuk ramennya itu licin dilahap oleh Gyuvin. Gyuvin tersenyum jahat apabila melihat reaksi Gyuri yang ingin meletus itu.

" Abang ni kann !! Sini nak pergi mana ?!! " teriak Gyuri lalu bingkas bangun untuk mengejar Gyuvin tetapi Gyuvin terlebih dahulu sudah selamat masuk ke dalam biliknya.

Gyuri duduk kembali ke tempatnya. Spoil betul. Baru nak feeling makan sambil tengok movie.

Gyuvin secara tiba-tiba mengeluarkan kepalanya dari muka pintu biliknya.

" Abang tengok Gyuri dengan Yujin ni sesuai la. Okay la tu, abang dapat adik ipar yang hensem. " Gyuvin tersengih seperti kerang busuk lantas menutup pintunya apabila Gyuri sedang menghala ke arahnya bersama dua batang chopsticks.










 " Gyuvin tersengih seperti kerang busuk lantas menutup pintunya apabila Gyuri sedang menghala ke arahnya bersama dua batang chopsticks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Helaian muka surat diselak oleh Yujin dengan cermat sambil memeriksa jawapan yang di tandanya tadi. Lampiran muka surat itu penuh dengan jawapan yang padat dan kemas. Yujin mengambil pena merah dan mula menanda latihannya sambil merujuk lampiran jawapan.

Sudah menjadi rutin harian Yujin untuk mengulangkaji pelajaran pada setiap malam. Dia juga tidak pernah merasa beban, kerana itu semua kehendaknya dirinya sendiri. Pintu biliknya diketuk. Pandangan Yujin beralih ke arah muka pintunya, ibunya muncul sambil menatang dulang yang berisi segelas jus dan beberapa potong buah.

" Yujin kalau penat rehat okey. Jangan paksa diri. " tegur ibunya lalu meletakkan dulang di atas meja.

" Terima kasih. Nanti Yujin makan ya. " Yujin melemparkan senyuman kepada ibunya.

Sebaik sahaja ibunya keluar dari bilik, Yujin menerima satu mesej. Dia mengerling telefonnya yang berada di sebelahnya itu. Mesej dari Kim Gyuri. Yujin terus mengambil telefonnya dan mengetik password untuk membuka telefonnya. Mesej daripada Gyuri itu dibuka.





Kim Gyuri

Abang cakap apa-apa message or call dia.

Gyuvin
010-xxxxxxxxx






Yujin tersenyum. Dia menekan nombor Gyuvin yang diberi oleh Gyuri itu lalu menyimpan contact Gyuvin. Dia teringat kembali kata-kata Gyuvin sewaktu dia menghantar Yujin ke stesen bas tadi.



" Yujin, hyung ada satu permintaan. " kata Gyuvin sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

" Apa dia tu ? " Yujin memandang ke arah Gyuvin.

" Jagakan Gyuri untuk hyung. "

Yujin hanya kekal memandang Gyuvin. Cuba untuk mentafsir kata-kata Gyuvin itu tadi.

" Hyung tau Yujin suka Gyuri. Nampak sangat. " kata Gyuvin selamba.

Muka Yujin mula bertukar warna. Suhu mukanya juga turut panas apabila Gyuvin tau isi hatinya selama ini. Gyuvin tergelak melihat gelagat Yujin.

" No worries hyung takkan bagitau dia. Cumanya hyung harap Yujin boleh jagakan dia. "



Yujin menggenggam telefonnya itu. Dia menanam hasrat untuk menunaikan permintaan Gyuvin itu. Tidak kira apa jua keadaan, dia akan menjaga Gyuri dengan sepenuh hati.










propose ; han yujinWhere stories live. Discover now