02

58 10 2
                                    





Yujin memesan hot chocolate sambil menunggu Gyuri. Mereka setuju untuk berjumpa di cafe dahulu. Kemudian baru bergerak ke perpustakaan. Sambil menunggu ketibaan Gyuri, Yujin membawa keluar earbuds miliknya dan disumbatkan ke dalam telinga. Dia membuka aplikasi Spotify lalu connect ke earbuds. Lagu Hurt - NewJeans menjadi pilihannya.


When I'm feeling all alone
Pull your name up on my phone
I start typing what to say
I won't send it anyway
Dragging words out one by one
From your fingers is no fun
Wait in silence, that's my way
But I'm not like this every day

— Hurt by NewJeans


Sejujurnya, Yujin secara diam menyimpan perasaan terhadap Gyuri. Tipulah kalau tiada siapa yang tidak jatuh terhadap Gyuri. Kecantikan ibu Gyuri dan ketampanan ayahnya diturunkan kepadanya.

Namun, ibu Gyuri telah meninggalkannya sewaktu dia berumur 15 tahun akibat menghidap kanser di tahap 4. Yujin lah menjadi peneman Gyuri di sisi apabila dia menangis dan merindui ibunya.

Sedang ralik Yujin menghayati lagu, kelihatan kelibat Gyuri muncul di muka pintu cafe. Yujin melambai tangannya memberi isyarat kepada Gyuri. Gyuri tersenyum lalu menghampiri Yujin.

" Pergilah order apa-apa. Saya belanja. " kata Yujin.

" Betul ni ? " Gyuri memandang Yujin dengan gembira.

Yujin hanya mengangguk lalu menghulurkan kadnya kepada Gyuri. Gyuri menyambutnya dan terus menghampiri kaunter untuk memesan pesanannya. Selesai memesan, mereka bergerak keluar untuk ke perpustakaan sambil berbual.

" Oh baru teringat. Nanti teman saya pergi airport. Abang saya baru habis belajar so dia tinggal kat rumah buat masa ni. " kata Gyuri sambil menyedut ice caramel latte.

" Gyuvin hyung ? Dah lama tak jumpa dia.  " Yujin kelihatan sedikit gembira apabila mendengar khabar itu. Baginya, dia menganggap Gyuvin itu sebagai abangnya sendiri sedangkan dia merupakan anak tunggal kepada ibu bapanya.

Gyuri mengangguk. " Dia kata tak sabar nak jumpa awak. Gyuvin tu lagi sayangkan awak dari adik dia sendiri huh " Tambah Gyuri lagi.

Yujin tergelak. " Okay kita pergi sana lepas study nanti. "








 "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







" Oh ? Tu Gyuvin ! " kata Gyuri sambil menunjuk ke arah satu susuk tubuh yang tinggi itu.

Yujin turut memandang ke arah yang sama. Tapi yang dilihatnya adalah seorang makcik yang sedang tertidur. Yujin memandang Gyuri sinis yang sedang mentertawakan dirinya.

" Aduh macam tu pun awak tertipu ke ? Sakit perut gelak. " kata Gyuri sambil mengesat air matanya.

" Tunggu la giliran dia nanti. " Yujin memberi amaran sambil menggulingkan matanya, meluat dengan tingkah laku Gyuri yang suka mengusiknya.

Gyuri menjelir lidahnya. " Tak takut. "

Satu ketukan mendarat di kepala Gyuri. Dia mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Gyuri mendongak melihat siapa gerangan yang mengetuk kepalanya itu.

" Gyuvin ! " Gyuri terjerit kecil lalu memeluk abangnya itu.

" Dah besar panjang Gyuri ni. " Gyuvin mengusap kepala Gyuri. Kemudian pandangannya beralih ke arah Yujin.

" Yujin ? " soalnya.

" Hai hyung ! " sapa Yujin sambil tersenyum.

" Makin handsome la sekarang. Dah ada girlfriend ke ? " soal Gyuvin, menyakat dirinya.

Yujin berdehem apabila ditanyakan soalan sebegitu. Gyuri memukul lengan Gyuvin.

" Apa tanya soalan macam tu ? Dah sekarang ni jom makan. Abang belanja ! " kata Gyuri lalu meninggalkan mereka berdua di belakang.

Gyuvin tersenyum lalu merangkul bahu Yujin, mengekori Gyuri dari belakang sambil berbual.









propose ; han yujinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang