Chapter 1

80 7 0
                                    

Di Bandar Lasterd, terdapat 4 buah sekolah yang dikenali ramai. Takdelah ramai noh. Setakat dekat bandar tu jelah. Dekat bandar lain, takde pun yang kenal. Famous sikit je. Lebih- lebih siapa nak layan?

4 sekolah itu ialah, Esmeray Highschool, Crimsyn Highschool, Ramsey Highschool dan juga Meirion Highschool.

Esmeray Highschool hanyalah sekolah biasa je. Akademik dengan sukan seimbang. Taklah cemerlang sangat dan taklah juga teruk sangat. Biashe- biashe je. Bukan nak humble tapi memang tak gempak. Taraf standard gituw.

Untuk Crimsyn Highschool pula, sekolah itu dinobatkan sekolah paling cemerlang dalam bidang akademik di Bandar Lasterd. Semua pelajarnya pandai belaka tapi kalau pasal sukan, hmm hampeh! Baru lari 2 round padang, terus pancit.

Kalau Ramsey Highschool, sekolah atlet. Semua pelajar yang kuat bersukan mesti masuk sekolah tu. Asal sukan je, Ramsey. Asal bodoh time belajar juga, mesti Ramsey. Eh sorry terjujur pula.

And last sekali Meirion Highschool. All boys highschool. Yeah, macam yang dikatakan, Meirion hanya mempunyai pelajar lelaki. Boleh dikatakan sekolah inilah juara yang tak pernah dikalahkan selama bertahun. Juara paling tercorot dalam semua aspek dekat sekolah!

Keempat- empat sekolah ini sering bergaduh di mana jua. Pantang bersua, mesti bertumbuk.

******

'Kes pergaduhan pelajar- pelajar di Bandar Lasterd, Johor Bahru, '

Itulah berita hangat di media sekarang. Disebabkan ada beberapa pelajar bergaduh tak ingat dunia, ada yang rakam pun diorang tak perasan. Sekarang ni, satu negara dah heboh!

Pihak kerajaan pula semakin runsing. Tak tahu nak buat apa...

Seorang lelaki menarik kamera wartawan, "Korang nampak tak papan tanda tu dah patah?! Haa yang terbaring dekat lantai tu! Itu dua hari lepas elok je tegak berdiri tapi semalam, budak- budak tu boleh patahkan macam tu je! Tengok-- "

"Dah dah ler tu, " seorang lelaki berumur menegur.

"Mana boleh sudah, ayah. Budak- budak tu dah melampau! Kita patut hentikan diorang sekarang ni. Kalau tak-- "

"Benda ni memang dah jadi bertahun- tahun lalu. Kamu dulu pun apa kurangnya. Bukan ke kamu bekas pelajar Meirion, kamu pun dulu gaduh juga tak ingat dunia, " ayahnya membalas.

"Ayah, janganlah expose! Rosaklah imej Mirul, yah! " Lelaki itu merengek.

Lelaki itu hanya menggeleng melihat perilaku anak terunanya itu. Mirul menarik ayahnya ke kamera.

"Haa tengok semua warganegara! Ini ayah saya, dah tua-- "

"Memanglah aku tua! Kalau muda, dah berderet adik- beradik kau tahu tak! " Ayah mengetuk kepala Mirul.

Mirul mengaduh, "Ayah, that's not so halal. Kita dekat siaran ni, kantoi lah ayah ni dirty mind-- "

"Maaf tapi saya nak tahu pasal kejadian semalam. Bukan masalah pakcik anak beranak, " wartawan itu menyampuk.

Mirul dan ayahnya menoleh. Mirul tersengih, "Maafkan saya, "

"Baiklah sekali lagi semua lihatlah ayah saya yang dah tua kerepot ni, dah tenat-- "

Pang!

Sedas Mirul dilempang oleh ayahnya.

"Aku belum nak matilah bingai! Kalau aku ni dah nak mati, aku heret katil hospital aku ke sini depan kamera ni! " Ayah memiat telinga Mirul.

Maka bergaduhlah dua anak beranak tu depan kamera. Dahlah live pula tu. Malu ni kalau sedara mara tengok dekat tv.

Beep!

FABLUS: The AcademyWhere stories live. Discover now