Chapter 5

56 5 0
                                    

Shane menarik nafas. Dia masih lagi berada di dalam kereta. Dia memandang ke luar ditingkap dimana FABLUS Academy berada.

FABLUS Academy berada di hujung bandar, bersebelahan dengan sungai. Kenapa tak dekat tengah bandar? Semua ni kerana nak mengelakkan kekecohan di bandar itu berlaku. Tak nak lah penduduk dekat situ sebok nak kerumun akademi tu. Dan juga projek ini melibatkan ejen FBI. Selain memberi bayaran yang tinggi, pihak FBI juga meminta untuk merahsiakan penglibatan ejen mereka dalam projek ni.

Shane hanya merenung pintu gate akademi itu. Dia berfikir banyak kali sama ada nak masuk atau tak.

"Dalam masa sebulan, kerajaan mampu sediakan semua ni? Hmm I'm impressed, " Puan Shareeza meneliti semuanya dari luar. Dia cuba cari kekurangan akademi itu. Mana tahu ada. Boleh lah dia jadikan modal nak fight dengan kerajaan. Lepastu dia ambil balik murid- murid dia.

Okay itu mustahil sebab Puan Shareeza sendiri dah tandatangan surat perjanjian hitam putih bahawa dia akan setuju. Dan dia takde hak untuk membatalkan perjanjian itu melainkan projek itu membahayakan nyawa pelajar- pelajar Esmeray yang terlibat.

Ya, itulah syarat yang dia kenakan dekat pihak kerajaan. Dan sebab itulah dia datang ke pejabat sahabatnya haritu.

"Ann? "

Shane tersentak lantas dia pun memandang neneknya, "Nenek... "

"Kamu okay? Kalau kamu tak nak masuk, takpe. Kamu jangan paksa diri. Nanti pandailah nenek selesaikan semua ni dengan diorang, " Puan Shareeza memegang tangan cucunya, cuba untuk memujuk.

Shane menggeleng. Mana mungkin dia nak berpatah balik. Semuanya dah terlambat. Lagi berapa minit je sesi kelas pertamanya di akademi ni akan bermula. Lagipun, dia tak mahu susahkan nenek dia.

"Ann boleh, nenek. Ann nak jadi kuat. Ann tak nak sembunyi belakang nenek lagi, " Shane tersenyum.

Puan Shareeza mengusap kepala cucunya. Haihlah, dah matang cucu tunggalnya ni.

"SHANE CUCU PENGETUA ESMERAY! "

Shane dan Puan Shareeza memandang gerangan yang menjerit itu. Puan Shareeza tergelak melihat Mikey dan Noah. Mikey dah lambai tangan kuat- kuat sampai nak tercabut tangan. Noah pula hanya berdiri saja. Sahlah yang Mikey jerit tadi.

"Haa tu diorang dah ada. Ann pergi dulu. Apa- apa yang jadi, Ann kena dengan diorang tau. Nanti balik nenek amik dekat tempat sama, " Puan Shareeza menepuk bahu Shane.

Shane menyalam neneknya, "Ann pergi dulu nenek,

Shane terus keluar dan berlari ke Mikey dan Noah. Dia sempat menunduk hormat kepada 2 penjaga gate disitu. Dan yang dia pasti, diorang pun ejen FBI.

"Mana Ivara? "

Mikey mengangkat kedua bahunya, "Aku ingat korang datang saing, "

"Nak tunggu? "

Shane dan Mikey memandang Noah.

"Boleh lah kut, " Shane bersuara.

"Haii mana lah minah sorang ni. Asal pula dia paling lambat ni, " Mikey merungut.

Shane pelik, "Lambat? Candidates lain dah ada ke? "

Noah mengangguk.

"Haah, semua dekat kelas, " Mikey menunjuk kelas mereka yang berada dihujung sekali.

Kawasan akademi mereka sangat luas. Sebab itulah bangunan mereka semua hanyalah setingkat. Dengan adanya satu padang yang luas, empat tandas dan beberapa bilik yang disediakan.

Shane memandang kelas barunya. Hmm dah lah paling hujung, nampak aura kegelapan dia. Lagi- lagi dekat dalam tu ada raksasa- raksasa Lasterd.

Shane mula risau. Boleh ke dia dengan tiga kawannya tu survive. Memang diorang bertiga sendiri cakap yang diorang tak mengharapkan kemenangan tapi boleh ke wakil Esmeray graduate dengan selamat?

FABLUS: The AcademyWhere stories live. Discover now