Chapter 2

47 6 0
                                    

Yana tersenyum. Kini, dia berada di dalam bilik pengetua Esmeray. Dan Esmeray Highschool lah sekolah terakhir dia kunjungi. Nasib baik lagi 3 sekolah tu dah settle.

Teringat akan ketiga pengetua tadi, Yana rasa macam nak nangis je.

Di Ramsey Highschool,

Yana berjalan ditemani 2 bodyguardnya dengan yakin. Ya, memang dia pilih nak settle dengan sekolah ni dulu. Selepas tu, Crimsyn, Meirion dan yang terakhir Esmeray.

Yana memasuki bilik pengetua Ramsey setelah mendapat kebenaran. Pengetua Ramsey terus berdiri sambil tersenyum, terkejut bila dapat tahu Timbalan Perdana Menteri datang secara tiba- tiba.

Yana tersenyum lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dan secara tak sengaja, Yana terpandang perut pengetua itu. Terkejut dia dibuatnya.

Sekolah sukan terhebat tapi kenapa perut pengetua ni buncit gila? Semalam dia selidik tentang keempat pengetua yang dia akan kunjungi harini. Seingat dia, dekat profile pengetua Ramsey ni, takde lah berisi sangat. Kurus je. Ini dah buncit? Makan rasuah ke apa?

"Silakan duduk, Timbalan-- "

"Just call me Cik Yana, " Yana pantas memotong. Dia masih tak biasa dipanggil 'Timbalan Yana' itu.

Pengetua Ramsey tersengih, "Maafkan saya Cik Yana. Apa- apapun silakan duduk, "

Yana tersenyum lantas dia pun duduk di hadapan pengetua Ramsey itu. Bodyguardnya setia di sisi.

"Apa hajat Cik Yana datang ke sini? "

Yana tersenyum, "Encik Zain, encik tahu kan tentang video yang viral tu? "

Pengetua Ramsey atau dikenali sebagai Encik Zain terus gelisah. So dia datang sini nak saman sekolah kitorang ke? Tapi dalam tu pergaduhan antara Meirion dengan Crimsyn. Takde pula dia nampak pelajarnya.

"Saya datang untuk meminta persetujuan encik tentang projek baru kami, " Yana memotong.

"Projek? "

Yana mengeluarkan satu sampul surat di begnya lalu sampul itu diberikan kepada Encik Zain.

Encik Zain terus membuka, "FABLUS Academy? "

"Ya! "

Encik Zain memandang Yana, "Apa maksud semua ni, Cik Yana? "

Yana meletakkan kedua tangannya di atas meja, "Encik Zain sendiri tahu kan tentang isu ni? Perbalahan antara murid di Bandar Lasterd ni dah terjadi lebih dari 10 tahun. Macam mana dengan keamanan orang di bandar ini? Sampai bila kita nak berdiam diri? Sebab tu kami, pihak kerajaan ingin wujudkan FABLUS Academy. Dengan ini, kita dapat tentukan pemenang antara 4 buah sekolah yang terlibat dengan kes ni dari dulu lagi, "

Encik Zain terdiam.

"Encik jangan risau. Kami cuma perlukan 4 pelajar terkuat dan mesti terbaik dari Ramsey Highschool, " Yana menyambung.

"Maafkan saya, Cik Yana. Saya tak boleh benarkan murid- murid saya terlibat dalam projek bahaya ni. Dan mereka perlu ada disini untuk kami, "

"Apa kata kita bincang tentang hadiah kepada pemenang? "

"Hadiah? " Encik Zain nampak teruja tapi dia cepat- cepat sembunyikan.

Yana tersenyum, "Kepada pemenang, pihak sekolah akan menerima hadiah duit sebanyak 10 juta, "

Encik Zain tersenyum lebar, "Benarkah? "

Yana ketawa, "Saya takkan menipu tentang hal ni. Malah kami dah sediakan semuanya termasuk jumlah wang sebagai hadiah tu. Jadi, encik nak sertai projek ini? "

FABLUS: The AcademyWhere stories live. Discover now