01

582 18 1
                                        

Terlihat 5 pelajar universiti yang sedang membuat pembayaran menaiki bot untuk masuk ke kawasan pulau itu.

Niat mereka berada disitu adalah untuk mengambil gambar dan apa apa saja yang berkenaan alam semula jadi untuk assignment mereka.

Semasa membuat pembayaran, mereka bertanyakan soalan yang agak mustahil untuk pekerja disitu menjawab.

"Em maaf tapi boleh ke kitaorang nak bawa bot tu sendiri?" Soal salah seorang dari mereka iaitu First kanaphan.

"Tak boleh. Tapi kenapa pula kamu semua tak perlukan pengemudi bot pula?" Soal lelaki yang bekerja di situ dengan riak wajah yang pelik.

"Sebenarnya kami datang sini pun sebab nak siapkan assignment sikit , alang alang kawan kitaorang ni boleh bawa bot jadi kami ingat nak bawa sendiri la"

"Lagipun mungkin ambil masa yang lama kami kat sana" soal Khaotung pula sambil tersenyum.

Namun lelaki itu hanya terdiam dan berfikir mahu memberi kebenaran atau tidak.

"Ala pakcik boleh la. Kitaorang boleh bayar lebih" kata First lagi.

"Betul ni kawan kamu boleh bawa?" Soal pakcik itu lagi.

Mereka semua mengangguk sambil tersenyum dan akhirnya pekerja disitu memberi kunci itu kepada mereka.

"Kalau kamu nampak bendera merah di tengah laut tu , balik sini jangan lepasi bendera tu ye" kata lelaki itu kepada mereka semua.

"Kenapa pakcik?" Soal Pond dengan riak wajah yang tertanya tanya , begitu juga mereka semua yang terlihat bingung.

"Hmm kami semua kat sini percaya yang kawasan selepas bendara merah tu kawasan keras."

"Dah banyak pelancong dan pekerja hilang kalau mereka melepasi kawasan itu. Jadi kami mengambil keputusan untuk letak bendera merah tanda bahaya disitu." Kata lelaki itu dengan serius.

"Eh pakcik ni dah 2023 kot tak kan la pakcik percaya lagi benda benda macam tu" kata Pond sambil ketawa kecil. Beberapa dari mereka pun turut ketawa , kecuali Fourth dan gemini saja.

"Ingat jangan lalu situ. Kalau bot rosak atau apa apa terjadi , kamu boleh guna telefon kecemasan tu. Baiklah hati hati bawa bot" kata pakcik itu dan beredar dari situ.

Terlihat Pond yang sedang mengemudi bot tersebut. Mereka mula mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar da ada yang duduk bersantai sambil mengambil angin segar.

Sedar tak sedar mereka sudah berada di tengah laut. Pemandangan di situ sangatlah indah dan cantik.

Fourth melihat ke arah kirinya , dan terlihat bendera merah.

"Dah la jom balik. Pond cepat la" kata Fourth yang sedang menggalas begnya.

"Korang percaya ke dengan apa yang pakcik tu cakap?" Soal Pond dengan tiba tiba.

Mereka semua melihat ke arah Pond dan melihat ke arah kawasan itu.

Mereka semua melihat ke arah Pond dan melihat ke arah kawasan itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE DEVIL MESSAGE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang