03

173 16 4
                                        

Mentera mula dibacakan dan sudah beberapa jam berlalu tetapi tidak ada apa apa yang terjadi. Mereka berfikir untuk berputus asa tetapi mereka tetapi melakukan ritual itu lagi dan lagi.

Sedang melakukan ritual itu. Pond dengan tiba tiba menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan , matanya juga sudah bertukar menjadi putih.

Mereka memberhentikan ritual itu selepas melihat Pond yang seolah olah seperti dirasuk.

Pond yang mula menggelupur itu di pegang oleh kawan kawannya. Akibat terasa sangat sakit dibahagian belakangnya seolah olah dicakar oleh kuku yang sangat tajam , Pond membuka bajunya.

Bulat mata mereka dan terkejut selepas melihat ada satu tulisan di belakangnya. Darah memancut keluar dengan banyak sekali.

Selepas selesai membersihkan belakang pond dan dia juga sudah sedar dari pengsan. Mereka semua mula berbincang tentang perkara menakutkan yang telah berlaku kepada mereka tadi.

Tulisan yang tiba tiba ada dibelakang Pond itu kini telah menjadi parut dan tidak dapat difahami mereka kerana tulisannya adalah tulisan kuno.

Mereka harus mencari jalan untuk menterjemah semua perkataan itu. Mungkin itu adalah petunjuk untuk mereka.

Namun mereka tidak tahu kenapa perkara ini hanya terjadi kepada Pond tapi bukan mereka semua. Lagi lagi Fourth , kerana dialah yang mengetuai ritual itu.
Pond jadi begitu adalah kerana dialah orang yang pertama yang cadangkan untuk melakukan ritual itu.

Kini mereka mengambil keputusan untuk berehat dan sambung perjalanan esok hari.

Sebelum mereka keluar meninggalkan kawasan kampung terbiar itu. Mereka sempat untuk masuk ke beberapa rumah untuk melihat ada apa apa yang diperlukan mereka dan boleh dibawa mereka.

Sedang semua sibuk mencari , Khaotung melihat ke arah dinding yang ada beberapa tulisan di situ.

Mereka semua berkumpul dan mula mengkaji tulisan itu.

Mengambil masa berjam jam untuk fahami tulisan kuno itu. Akhirnya mereka sudah mendapat jawapan.

Tulisan yang tertulis di belakang pond itu adalah bermaksud 'Harus dibayar' mungkin itu adalah mesej dari syaitan setelah mereka melakukan ritual itu.

Tapi apa yang dimaksudkan dengan 'harus dibayar' itu dengan petunjuk.

"Aku tak rasa ni petunjuk.aku dah cakap jangan buat tapi korang nak jugak. Sekarang tengok apa jadi mesti ada benda buruk akan jadi."

"Aku tak nak mati sini" kata Gemini dengan serius dan sudah mula gelabah.

Mereka semua hanya terdiam, walaupun apa pun terjadi mereka tetap kena keluar dari kawasan puaka ini.

Khaotung dan Gemini membantu Pond yang separuh sedar itu berjalan dengan melekatkan kedua tanganya di bahu mereka berdua.

"Korang , Pond." Panggil Khaotung selepas saja Pond yang tiba tiba jatuh.

Kini keadaan Pond menjadi lebih teruk , matanya masih lagi putih dan kini badannya terlihat sangatlah pucat sehingga urat urat di tubuhnya itu jelas terlihat.

Mereka memanggil nama Pond beberapa kali sambil menampar perlahan pipinya. Namun tidak disahut dan masih lagi terdiam.

First meletakkan jarinya di bawah hidung Pond dan memegang nadi. Kekecewaan di wajah First membuatkan mereka semua tidak boleh menerima yang Pond sudah meninggal dunia.

"kau jangan cakap yang.." kata Khaotung dan memanggil nama Pond lagi dan lagi , seperti orang yang sudah hilang akal.

"Dah la! Dia dah tak ada!" Kata First yang sudah menitis air mata dan menarik Khaotung lalu memeluknya.

THE DEVIL MESSAGE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang