Pond yang mati dalam keadaan yang menakutkan, Khaotung yang batuk darah tanpa henti dan kini Gemini pula yang buta dengan tiba tiba.
Satu satu perkara buruk yang menimpa mereka semua. Kini Fourth dan First pula tertanya tanya apa pula yang akan menimpa mereka berdua.
Fourth yang berjalan memegang erat tangan Gemini supaya Gemini tidak tersesat itu, terlihat riak wajahnya yang seakan akan mahu berputus asa saja untuk mencari jalan keluar dari situ.
Namun dia menguatkan diri dan teruskan usaha.
Masih lagi pelik kerana malam hari masih lagi tidak tiba.
"First kau rasa apa jadi lepas ni?" Soal Fourth sambil berjalan. Fourth memberhentikan kakinya dan menoleh ke belakang melihat ke arah First kerana tidak menjawab soalannya.
Fourth memandang pelik ke arah First yang sedang mendongak ke langit.
Khaotung memanggil First untuk beberapa kali , namun tidak di sahut olehnya.
Fourth mendekatkan dirinya dengan First dan memusingkan kepala First untuk memandang ke arahnya.
Terkejut Fourth dan Khaotung selepas melihat darah yang mengalir keluar dari mata First. Matanya juga putih seperti apa yang berlaku pada Fourth sebentar tadi.
First masih lagi berdiri dan kepalanya memandang ke arah Fourth , dengan tiba tiba First mengelap darah yang mengalir dari matanya itu dengan tangan.
Matanya juga kembali normal. Dia terlihat seperti bingung dengan apa yang jadi.Mereka semua juga turut bingung dengan semua yang telah terjadi sepanjang mereka berada di situ.
Sudah lama berjalan , mereka mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sekejap walaupun hari masih lagi siang.
Khaotung yang batuk dengan teruk itu tiba tiba memuntahkan darah dan cacing yang keluar dari mulutnya.
Agak terkejut tetapi tidak seperti pertama kali mereka melihat perkara perkara pelik terjadi pada mereka.
Fourth memberikan minuman yang hanya ada sedikit saja lagi itu kepada Khaotung untuk menghabiskannya.
Dalam suasana yang sunyi itu. Tiba tiba mereka mendengar bunyi seolah olah seperti ombak.
Dengan cepat Fourth mencapai tangan Gemini dan membawanya berlari bersama ke arah bunyi laut itu , begitu juga First yang mendukung Khaotung dan berlari dari arah belakang Fourth dan Gemini.
Betapa terujanya mereka selepas melihat lautan yang luas itu.
Mereka berpelukan dengan rasa gembira dan menitiskan air mata kerana akhirnya mereka dapat juga keluar dari kawasan itu.
Kini hanya menunggu bantuan saja untuk datang.
Tiba tiba hari menjadi gelap . Terlihat bintang bintang yang menyinari langit.
Mereka berbaring sambil melihat ke arah langit.
YOU ARE READING
THE DEVIL MESSAGE
Mystery / Thriller⚠️ WARNING ⚠️ CERITA NI TAK DISARANKAN UNTUK BACA PADA WAKTU MALAM LAGI LAGI BAGI YANG CEPAT TAKUT. ADA GAMBAR GAMBAR YANG AGAK MENAKUTKAN , JADI LEBIH BAIK KALAU BACA WAKTU SIANG ++++++++++++++++++++++++++++++++ "Korang percaya ke dengan apa yang p...