Bab 2 (Pindah)

102 10 23
                                    

3 hari sudah berlalu semenjak atok di jemput ilahi dan hari ini merupakan majlis tahlil terakhir buatnya. Aku termenung di tangga dapur sambil bermain - main dengan hujung jari telunjuk ku. Ibu ayah yang menguruskan majlis tahlil sedang sibuk menjamu tetamu yang hadir. Aku kecewa, tak banyak yang aku boleh bantu mereka untuk majlis tahlil ini. Segenap tempat yang aku pergi di dalam rumah mahupun di sekitar rumah semuanya mempunyai kenangan aku bersama atok. Aku akan kembali menangis, begitulah situasiku setiap kali aku hendak ke mana - mana.

"Baik - baik, kami balik dulu lah ye. Assalamualaikum"

"Ya ya, waalaikummusalam" jawab Ayah setelah menyalami tetamu terakhir kami itu di ruang tamu. Aku hanya mengintai perkara itu dengan menyelak sedikit langsir yang di pasang pada laluan untuk menuju ke dapur. Terpapar wajah - wajah penat pada muka mereka lalu bersandar di sofa berdekatan televisyen kecuali bagi Ibu yang datang padaku.

"Meen... " Panggil Ibu lalu duduk di tangga dapur itu bersamaku. Dia menarikku ke dalam pelukkannya dengan membenarkan kepalaku di lentokkan pada bahunya.

"Haih.. siannya baby ibu ni, meen jangan sedih sedih macam ni.. nanti ibu pun sedih. Ibu nangis nanti huwaa huwaa" acah Ibu mengosok matanya seolah - olah dia sedang menangis bagaikan budak kecil. Aku tertawa geli hati dengan perbuatan ibu tetapi air mataku tiba - tiba sahaja menitis semula hanya kerana aku terfikir tentang atok.

"Eh-" kataku tidak percaya, aku rasa aku sudah mengawal emosiku daripada menangis buat kali yang keberapa pun aku tak tahu.

"Ya Allah, sayangnya Atok kat meen sampai sembab mata dah ni" komen Ibu mengelap air mataku dengan ibu jarinya.

"Hmm?" Aku membuat bunyi menandakan aku tidak faham. Ayat Ibu bagai sedikit terbalik bagiku.

"Yelah, Yameen sayang atok pun kan sebab Atok sayang sangat dekat Yameen. Bagi Yameen makan minum, didik Yameen, bagi nasihat dekat Yameen, bagi kasih sayang yang cukup dekat Yameen yang tak dapat ibu ayah bagi hisk.. Ibu Ayah sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa untuk Yameen. Maafkan ibu ayah ye?" Pinta Ibu menyelak rambutku kebelakang.

Mendengar luahan Ibu membuatkan aku menggeleng pantas, tak pernah terdetik langsung aku menyalahkan Ibu Ayah.

"Tak tak.. mana ada, Ibu Ayah tak salah apa apa pun.. Yameen faham" kataku melegakan Ibu dan entah kenapa aku juga turut berhenti dari menangis. Hebat Ibu ni.

"Ha, ada lagi satu ibu nak cakap.."

"Hm?"

~~~~~◇~~~~~

"Warghh! Yameen sampai hati awak mau tinggalkan kami.. kami sayang awak! Awak tahu!!!" Raung Ah meng mengoncang tubuhku sekuatnya. Ya, ini lah perkara yang ibu ingin cakap. Aku harus pindah ke bandar bersama mereka.

"Maaf Ah meng, aku kena ikut ibu ayah aku pulang ke bandar"

"Bandar mana! Banyiyak bandar dekat Malaysia ni awak tahu tak!!" Kata Ah meng seiring bersama loghat cinanya. Dia tak henti - henti mengoncongkan tubuhku sehingga risau guru kelas kami melihatnya. Rupa kena sampuk.

"KL" jawab ku menolak kedua - dua tangannya yang memegang lenganku semata - mata untuk menjadikn aku sebagai 'human coconut shake'. Karang tak pasal - pasal bukan air yang dapat, organ yang dapat. Hahaha, Merah je kan warnanya. Ghisau.

"Ayo kenapa banyak jauh! Tak dapatlah aku minta appa hantar aku dekat rumah kau nanti. Appa aku ada motor jual ice cream saja. Takkanlah dia mau jual dari Kedah sampai KL.. nanti sepanjang perjalanan dia kata ice cream! Ice cream!" kata Ravi cuma memberi jenaka.

Satu kelas ku tertawa dengan jenakanya, tidak pernah menghampakan. Dia merupakan salah seorang 'Pak Lawak' di dalam kelas kami. Tidak kering gusi kami dibuatnya.

YameenWhere stories live. Discover now