Bab 4 (makan malam)

191 11 19
                                    


"Assalamualaikum kak bong.. buat apa tu" ujarku tersembul di sisi kak Bong yang sedang memasak. Disebabkan aku tiada rakan bual, aku pun menemui kak bong di dapur kerana Alex sepertinya sedang berehat. Jadi aku tidak mahu mengganggunya yang seharian tidak berhenti menguruskan segala hal rumah ini. Manakala Abang - abang pula tiba - tiba sahaja hilang entah ke mana. Kata Pak Cik Mail selaku pengawal rumah ini, Abang - abang pergi keluar bersama - sama tapi tidak tahu ke mana. Aku mengangguk faham dan menghabiskan masa petang ku untuk membuat kerja sekolah sepanjang ketiadaan mereka. Lagipula, aku penat asyik dilakukan sebagai budak kecil apabila bersama mereka.

Sekarang aku sudah tiada kerja, hendak merayap di dalam rumah nan besar ini pun aku tidak berani kerana takut akan tersesat nanti. Tak pasal - pasal kena panggil polis kemari. Hehe..

"Waalaikummusalam.. engko nampak je kan apa yang aku buat sekarang.. nak aku terangkan ke?" Jawab Kak Bong memberi pandangan tajam kepadaku melalui sudut matanya.

"Eh jangan lah marah kak bong.. nanti tua cepat dah tak comei"

"Engko ni mesti ade apa - apakan? Ko cakap cepat jangan nak buat ayat manis. Meremang bulu roma aku, tengok!" Dia tersenyum geram pada ku kemudian Kak bong menyelak lengan bajunya memperlihatkan bulu romanya yang tegak kepada aku. Aku tersengih, perangai kak bong benar - benar menghiburkan ku.
Sifatnya yang seperti pemarah tetapi sebenarnya peramah menjadikan aku rasa gembira bergaul bersamanya.

"Urmm.. yameen nak tolong boleh?"

"Tak payah! Kalau engko nak minta aiskrim tak apa.. pergi ambil kat peti sejuk sana" lantang kak bong menghalau aku pergi dari dapur.

"Tak nak, yameen nak tolong juga" protes ku lantas mengacau bahan masakkan Kak bong di dalam kuali. Kak bong panik.

"Hish, engko ni.. degil tahap gaban! Lantak engkolah! kalau tercedera nanti jangan salahkan aku.. aku cekik kau hidup hidup kalau aku kena pecat"

"Tak pe tak pe.. yameen backup" kata ku membuat tangan 'ok' pada Kak bong. Kak bong membalas tangan 'ok' ku itu lalu aku tersengih. Comel je Kak bong ni.

"Kak bong, ni garam ea?" Soal ku menunjukkan sebuah bekas yang bertulis 'gula' di situ. Kak bong memandang ku kecil besar.

"Engko ni tak pandai baca ke macam mana??" Geram Kak bong. Terbantut dia hendak membasuh ayam di dalam singki. Aku terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi kak bong yang sukar untuk dijelaskan. Kemudian aku meletakkan bekas gula itu di tempatnya semula lalu mengambil bekas garam yang betul.

"Kak bong.. garam ni cukup tak?" Soal ku lagi, dan kali ni Kak bong betul - betul geram dengan aku. Segengam tangan ku berisikan garam hampir sahaja masuk ke dalam masakkannya.

"Ish aku lah budak ni! Aku masukkan kau dalam kuali daripada ayam karang" marah Kak bong bercekak pingang selepas dia merenjis air di dalam bensin rendaman ayam kepada aku.

Aku tertawa geli hati begitu juga tiga orang pembantu rumah yang lain yang juga menguruskan dapur bersama - sama kak bong. Aku kembali memasukkan segenggam garam itu di dalam bekas semula dan masukkan jumlah garam yang sesuai ke dalam masakkan itu walaupun Kak bong berkali - kali menyuruh ku berhenti kerana dia menganggap aku tidak tahu sukatan yang betul bagi masakannya itu. Tolonglah, ini Yameen Iskandar lah. Banyak kali dah aku tolong atok masak. Mustahil aku tidak reti hal - hal berkaitan sukatan garam ni.

"Jangan risau Kak bong, Yameen pro lah. Yameen selalu tolong atok masak kat kampung. Sekarang Kak bong duduk.. dan biar Yameen yang uruskan masakkan kak bong ni. Boleh"  kata ku mengenyit kan sebelah mata ku. Kak bong memaparkan senyumannya sesaat lalu dia membuat wajah datar kepada ku.

"Banyak cantik engko... Aku dah bagi engko tolong kacau kira bersyukurlah. Dah dah pergi tempat lain! Abang - abang engko balik nanti habis dia membebel dekat aku"

YameenWhere stories live. Discover now