"doktor ! macam mana keadaan kaito ?!" yami bertanya pada doktor yang baru sahaja keluar dari bilik icu
"dia mengalami pendarahan yang teruk dekat bahagian kepala mungkin disebabkan hentakkan kuat dekat kepala.. keadaan dia sekarang 50/50.. harap bersabar ye saya dan yang lain akan cuba sedaya upaya" jelas doktor membuatkan yami terduduk .
"teruknya.." jamuo termenung mengenangkan nasib kaito
"melampau sangat diorang ni.." kata fujio terdengar nada suaranya yang sedang tahan amarah
yami bangun dari duduknya "aku tak puas hati" katanya lantas berjalan mau keluar dari hospital itu
"yami nak kemanaa ?" tanya tsukasa membuatkan yami terhenti
"aku nak pergi senomon.. aku nak hentak seko-seko yang bantai kaito" kata yami lagi dengan matanya berkaca menahan dari menangis . dia baru saja mau teruskan perjalanannya tapi tangannya ditarik oleh fujio
"jangan.." kata fujio dengan nada lembut dan tenang
"aku tak kira ! aku nak pergi jugak !! lepass !! lepaskan tangan akuuu !!" yami cuba untuk menarik tangannya dari genggaman fujio tapi malangnya fujio genggam dengan agak kuat
"jangan yami.. biar kitorang je yang settlekan.." pujuk fujio lagi
"EH KAU FAHAM TAKK ?! KAITO TU BARU KEMATIAN IBU DIAAA !! TAPI DIA PULAK DUDUK DEKAT DALAM ICU!! APA NAK CAKAP DEKAT AYAHH DIAA ?! TOLONG LA LEPASKAN AKUU !!" Amuk yami sambil menangis membuatkan orang sekeliling memandang kearah mereka berdua
"sabar" fujio memeluk yami sambil mengusap kepalanya . yami sekadar menangis dipelukkan fujio "aku taknak ayah kaito terbeban..fujio.." jelas yami
apa yang membuatkan kaito rapat dengan yami ialah setelah kehilangan ibu kaito , kaito dapati mencuba macam-macam percubaan untuk bunuh diri kerana tidak boleh terima dengan pemergian ibu kesayangan dia . Jadi setelah dapat tahu berita itu , hari demi hari yami datang kerumah kaito memujuknya dan memberi kata-kata semangat untuk hidup sehinggakan mereka berdua berkawan rapat .
"jamuo.. jom" tsukasa memanggil jamuo yang kusyuk melihat drama tengah jalan fujio dan yami
"nak kemana ?" tanya jamuo
"cari info" jawab tsukasa singkat meninggalkan kawasan itu diikuti jamuo dari belakang .
-skip-
sekarang fujio hantar yami pulang kerumah kerana sudah lewat malam . Puas pujuk yami dari petang tadi untuk balik tapi dia masih berdegil nak tunggu kaito sedar .
"rehat la.. jangan nangis lagi" kata fujio
"hm" jawab yami singkat
"aku balik dulu" kata fujio lalu baru saja dia mau toleh kebelakang yami menarik tangannya
"jangan.. jangan balik.." kata yami dengan nada perlahan .
"hah ?" fujio mengangkat keningnya
"tak selamat.. aku taknak kau pulak yang kena bantai teruk-teruk" jelas yami
fujio tergelak kecil "ini fujio hanaoka laa.. orang terkuat oyaa.. tak mungkinnya tumpas" kata fujio dengan lagaknya
"hm.." yami perlahan-lahan melepaskan tangannya dari menarik tangan fujio
"takpe.. aku reti jaga diri.. kau masuk rehat ye.." kata fujio lagi lalu dia mencium dahi yami sebelum beredar dari situ membuatkan yami terdiam kaku . drama apa ni .
-skip-
ping~~
notifikasi telefon yami berbunyi . dia mencapai telefonnya yang ada di meja makan sambil tangannya sebelah lagi sedang menggosok rambut yang basah . baru habis mandi .
YOU ARE READING
high n low : anaxiphilia [C]
Fanfictionanaxiphilia (n.) the act of falling in love with the wrong person start : 26 feb 2023 end :