entah macam mana keadaan mengawal yami sedar-sedar sekarang yami berada di ruang tamu rumah ran .
ran , shoji dan reiji sedang duduk bersila di hadapan tv sambil bermain ps5 bersama-sama manakala yami duduk bersebelahan dengan ryo di sofa . ryo merangkul tangannya pada bahu yami membuatkan yami bersandaran pada dada ryo . yami sekadar melihat gelagat ran yang bergaduh takmau kalah dengan dua sahabat ryo itu .
tiba-tiba telefon yami berbunyi membuatkan dia keluarkan telefon dari poket hoodie . dia melihat terpapar nama fujio "s..sekejap ye" yami baru saja mau bangun dari duduknya tapi ditahan oleh ryo "kenapa ? jawab jelah call tu depan aku.." bisik ryo sambil mengelus rambut yami perlahan
yami pun mengangkat panggilan itu "hello..."
"kau dekat mana yami ? dah balik ke belum ? dah senja ni bahaya kalau balik lewat sangat" suara fujio dibalik telefon itu . ryo juga mendengarnya walaupun perlahan dia masih dapat mengenal pasti yang itu suara lelaki .
"a..aku tak balik.. ran ajak tidur rumah dia.." jawab yami perlahan
ryo mendekatan mukanya pada leher yami lalu perlahan-lahan dia mencium lehernya kemudian dia menggigit telinga yami . terdiam yami dibuatnya
"siapa call kau tu" ryo memandang yami dengan wajah mendatar lalu dia mengambil telefon dari tangan yami langsung mematikan panggilan .
"k..kawan yami.." tergagap yami menjawab
"aku taksuka.. aku cemburu" kata ryo sebelum meletakkan kepalanya dibahu yami . entah sulit nak percaya . betul ke dia cemburu ? padahal baru kenal berapa minit .
"BAGI LA SINIII AKU LA PULAK ASYIK KAUU JEE !!" amuk ran berebut remote ps5 dengan reiji
"ehh sabar le aku nak lawan fifa dengan shoji tadi kan kau dah lawan pingpong dengan shoji bagila aku pulakk" amuk reiji pula
yami sekadar ketawa melihat gelagat mereka . shoji hanya diamkan diri sahaja . memang tak banyak bercakap budak tu .
-skip-
malam semakin gelap , shoji dan reiji pula sudah pulang kerumah masing-masing. yami ke dapur sambil membawa cawan-cawan kotor untuk di cuci
"yami-chann.." ran tercari-cari yami
YOU ARE READING
high n low : anaxiphilia [C]
Fanfictionanaxiphilia (n.) the act of falling in love with the wrong person start : 26 feb 2023 end :