prolog

128 7 7
                                    

semua tercungap-cungap kepenatan , ramai yang terbaring kesakitan akibat dipukul . darah-darah yang tumpah merata di tanah akibat bergaduh .

"ada hati nak lawan oya.. ceh" yami mengacak rambutnya kebelakang .

(cast.) yami hamada;
satu-satunya gadis yang berada di Oya Highschool . sebelum ini dia bersekolah di Madeira girls' Highschool tapi disebabkan keluarganya harus ke bandar Oya kerana urusan business , yami pindah bersekolah di Oya high school .

"oi ! jangan berani-berani lagi nak jejak kan kaki dekat sini lagi !" kata tsukasa menoleh kearah lawan

(cast.) tsukasa takajo;
orang kedua terkuat di oya high school setelah hanaoka fujio

"HWARGHHH !!" tiba-tiba seseorang berlari kearah tsukasa dari belakang dengan membawa besi besbol

dengan pantas yami menghayunkan kakinya menendang kepala lelaki yang cuba-cuba untuk memukul tsukasa sehinggakan lelaki jatuh pingsan

"fuhh nasib kalau tak pecah kepala aku tadi" tsukasa menepuk dadanya

"tch- lain kali perhatikan semua dah jatuh ke belum.." kata yami lalu dia mengikat rambutnya yang agak panjang itu .

"kau.. tak rimas ke rambut panjang ni ?" tanya tsukasa

"tak" jawab yami ringkas "dah la jom pegi oya.. diorang mesti dah tunggu kita.." yami berjalan meninggalkan tsukasa

"woi tunggu.." tsukasa mengejar yami






-

dalam perjalanan mereka ke oya

"yami-chan.." tsukasa mula bersuara dari suasana yang menyepi

"hm ?" yami yang tadinya kusyuk memandang langit terus mengalihkan pandangan kearah tsukasa

"kau..dengan fujio takde apa-apa ke ?" tanya tsukasa

"hah ?! fujio-san ?" yami terhenti dari jalannya

"haa..tak ada apa-apa ?"

"nak ada apa ?" tanya yami semula

"eh ini kalau soalan balas soalan benak le sampai bila-bila tak jumpa jawapanya" tiba-tiba seseorang mencelah

yami dan tsukasa terus menoleh kearah pemilik suara

"odajima-san !" yami teruja

"apa ni sayang...cuba panggil I dengan nama first I" yuken merangkul bahu pada yami sambil jari telunjuknya menarik dagu yami supaya memandangnya

(cast.) odajima yuken ;
orang kanan terkuat bagi housen academy

"ihh kau ni.." tsukasa menepis tangan yuken . pantang jumpa perempuan ada je nak flirt . "buat apa dekat sini ?" tanya tsukasa lagi

"tch-kacau la kau ni.." yuken menyeluk tangannya kedalam poket seluar "aku nak jumpa todoroki" sambungnya lagi

"buat apa ?" tsukasa mengangkat kening

"mancing" jawab yuken dengan gaya tangan memancing

"oii !" suara todoroki dari jauh kedengaran memanggil mereka bertiga

(cast.) yosuke todoroki;
senior oya high School yang terkuat

"eh tu pun dia.." yuken memandang todoroki

"dekat mana ? banyak ke dapat ikan ?" tanya yami pula

"banyak.. haritu dapat ikan harian" teruja yuken

"harian ?" tsukasa dan yami menayangkan wajah pelik

"haruan bodo bukan harian" todoroki sambung setelah mendekati mereka

"oh silap.." yuken menggaru kepalanya yang tidak gatal

"kau.. asal lambat ? fujio tengah kumpul budak-budak tu.." todoroki memandang tsukasa dan yami

"tadi ada budak-budak sekolah nami serang kitorang.." ngadu yami

"sejak murayama-san dah graduate ni ramai yang cuba-cuba untuk jatuhkan oya" tsukasa menggelengkan kepalanya

todoroki menepuk perlahan bahu tsukasa "dugaan"

"okay la kitorang gerak dulu.. bye !" yuken beredar sambil melambai tangan meninggalkan tsukasa dan yami diikuti dengan todoroki

"byee !" yami melambai semula kearah yuken "hensem jugak dia tu" monolog yami perlahan

"apa dia ?" tsukasa mencelah

"eh..takde pape.. dah jom lahh dah lambat sangat dah kita ni" baru sahaja yami menarik lengan tsukasa untuk mempercepatkan perjalanannya tiba-tiba tsukasa terkaku .

tsukasa terpaku melihat seorang gadis yang berada di luar kedai bunga yang tidak jauh dari kedudukan yami dan dirinya . dia melihat gadis itu tersenyum riang sambil menghidu bunga-bunga yang ada disitu lalu gadis itu juga bergaul mesra dengan pekerja kedai bunga itu sambil tersenyum cantik hingga menayangkan lesung pipit yang agak manis . sangat cantik . sangat ayu . buatkan tsukasa jatuh cinta dengan pandangan pertama .

"WOI !" yami menepuk belakang badan tsukasa dengan agak kuat

"AKH-" tsukasa menahan kesakitan "sakit la gila" balasnya lagi

"puas aku panggil kau.. kau dah kenapa kaku macam kena sampok hantu" amuk yami

"oh.. takde apa.. jom lah" tsukasa berjalan meninggalkan yami

high n low : anaxiphilia [C]Where stories live. Discover now