"Ibu tak risau ke dengan adik,ibu bukannya biasa pun duduk jauh dengan adik kan?"
So,kenapa ibu setuju nak hantar adik pergi asrama...Ibu hanya memandang Omar dengan wajah yang sayu,luluh hatinya ingin memberitahu perkara yang sebenar...satu hal tentang Angah...tentang Abang kepada Mirul dan adik kepada Omar...
Anak kedua ibu yang dah lama tinggalkan keluarga mereka.kalau Mirul dapat jumpa Angah balik,Ibu yakin Angah akan kembali ke pangkuan ibu...
Monolog si ibu dalam hatinya.......................................
Kudrat...
Setelah menempuh perjalanan yang tidaklah jauh benar daripada rumahnya,Mirul mula menapak kearah Dewan utama Sekolah Tersebut..
"Suasana baru,hari baru..."
"Welcome to KUDRAT"Mirul mula melihat lihat kawasan sekolah...dia dah dimaklumkan kena pergi daftar nama kat asrama.so that dia nak ke situ sebab nak hantar barang barang peribadinya.
..untungnya sebab Mirul datang awal..boleh lah dia pergi jelajah sekolah nie sebelum terlibat dengan program orientasi untuk form 4 baharu
.....Rumah JEBAT...
Mirul tercegat didepan pintu asrama sambil berkerut muka...
Yelah,dia pelik...
setahu Mirul mana ada rumah JEBAT kat sini...
Mengikut kata orang ramai...
kat sini ada rumah TUAH,KASTURI,LEKIR,LEKIU jerrr
Apahal pulak boleh tukar jadi JEBAT..."Tak payah ternganga sangatlah cik abang oii,anggap jelah JEBAT NIE nama underground untuk asrama nie...Nama official KASTURI..."
"So that kau kena faham JEBAT and KASTURI tu sama jer ,gituww"tegur seorang lelaki yang lebih pendek sedikit daripada Mirul
lelaki tersebut memakai uniform pengawas yang lengkap dan kemas sekali.tapi Mirul buntu nak jawab apa...
yelah dia awkward sebenarnya..."Oooo...."
Mirul hanya mampu mengiyakan sahaja...
"Camne dia boleh baca fikiran aku,ekkk"
lelaki tersebut mula mendekati katil yang ada di sebelah kanan sekali lalu dia terus duduk di atas katil tersebut...
Mirul hanya perhatikan lelaki tersebut.."So,mulai harini kita jadi dorm mate...Btw,nama aku Aiman kau boleh jer panggil aku Man,nama kau Mirul kan..."
Mirul hanya mengganguk sambil tersenyum kerang busuk..."why senyum creepy camtu...or
kau rasa tak selamat duduk dekat ngan aku sebab aku lembut like that..."
Gerutu Aiman sambil mencebik muka...
"Well,as lelaki lembut aku tak kisah pun if kau tak suka aku...but please jangan buat masalah kat sini lebih lebih lagi masalah disiplin,if kau or sapa sapa jer dalam dorm nie buat masalah disiplin,diorang akan cari aku tau,so that jangan buat kerja bodoh,Faham"Sambung Man sambil melihat kearah Mirul.
"Diorang tu sapa..."tanya Mirul sambil menggaru bahagian leher yang tidaklah gatal
"Boleh pun kau cakap aku ingatkan kau nie bisu"