2015
Hidup aku takkan pernah puas selagi mana aku tak dapat apa yang aku nak,
Aku nak KAU berambus daripada hidup aku..."
"itu jer aku nak..."
"tu jer..."Langkah Nadhir mula menjauhi Mirul
Tiada lagi hal yang perlu dipertahankan...Nadhir dah tekad
inilah masanya dia menagih kasih daripada sang ayah...
Bagi Nadhir sekiranya dia pergi ke sang ayah,dia tidak perlu berkongsi kasih dengan Adik beradik lain...itu apa yang difikirkannya...
Namun,Siapa sangka dia telah menempah kubur buat dirinya sendiri...Tangisan Mirul mula bergema dengan kuat
Omar menahan Mirul daripada terus mengejar Nadhir
Ibu pula tidak mampu melihat anak tengahnya pergi ke bekas suaminya...Mirul terus menangis
Tanda tidak rela melepaskan abangnya pergi...Nadhir menoleh kebelakang...
Mirul mula melambai lambai Nadhir...dalam keterpaksaan...Mirul terus dipeluk erat oleh Omar...
Mata Mirul bengkak dek kerana menangis
Nadhir yang melihat hal kejadian berasa serba salah
Namun,Dia dah bertekadDan berasa tidak selesa melihat adiknya begitu...
"Sial,aku harap kau Bahagia selalu jer...Mirul..."
Monolog Nadhir dalam hati..............................................................
(SEKARANG)
Nadhir melihat tepat kearah Mirul
Dia mula tersenyum
tekad adiknya itu tak pernah kurang
dia masih seorang yang kuat azamnya"Kau nak hancurkan High Council?"
Soal Nadhir kepada Mirul...Semua F4 berasa gerun
Langkah Nadhir maju menuju kearah Mirul
Amir yang perasan tentang hal tersebut hanya mengundur ke belakang membenarkan Nadhir meneruskan acara
Acara Gaduh Saudara,Barangkali
"Kalau kau nak hancurkan High Council,kau kena hapuskan Aku dulu...Mirul!"
Ujar Nadhir sambil merenung dalam mata Mirul...
Nadhir sedar benar adiknya itu tidak akan berani untuk berbuat demikian...Nadhir kenal benar...
"Opsss,sorry"
"Kau tak boleh hapuskan aku,"
"Kau sayang aku kan Mirul"
"Kau tak sanggup tengok aku sakitkan,Mirul"
"Aku abang kesayangan kau kan Mirul"
Sangsi Bila Mirul mendengar hal tersebut...
Dia tersentak...
Benar dia sayang Nadhir
Nadhir darah dagingnya...
Namun,kenapa mesti begini..."Maaflah,Tapi Nadhir yang dulu dah MATI!!!"
Senyuman Nadhir mula memudar kini hanya tinggal seringai yang menyeramkan
Ibarat Pemangsa yang bersedia untuk menerkam Mangsa...BUKKKKK!!!!
Semua mata memandang kearah Mirul yang jatuh tersungkur sambil memegang perutnya...
"Sakitkan...""Tapi,sakit lagi hati aku,ADIK"
Lagi sekali Nadhir membantai Mirul tapi kali ini dia mula menyepak muka Mirul...
Amir berasa tidak sedap hati...Sebelum jadi lebih teruk,
dia mula mengarahkan semua F4 bergerak masuk dalam asrama masing masing...Bersisakan Mirul sahaja...
F4 yang tinggalAiman ragu ragu...
Takkan nak tinggalkan Mirul camtu jer...
Dia tak berganjak
"APASAL KAU TAK GERAK LAGI"
"KAN AKU KATA SEMUA F4 GI MASUK ASRAMA SEKARANG"
jerkah Amir depan Muka AimanAiman yang takut still tunggu...
"Biarlah dia Amir...dia sayang dengan kawan dia nie"
"Takpe,biarkan dia"Ujar Nadhir sambil menendang nendang Mirul...
entah setan apa yang rasuk Nadhir malam ituMirul rebah...
Tidak melawan...
Dia tak peduli apa nak berlaku...
Berlawan dengan Nadhir adalah satu hal yang salah...dia tak mahu bermusuh dengan Abangnya sendiri"Aku tak nak gaduh dengan kau,Nadhir"
Sayu Mirul menjawab
sebelum dia tutupkan mata untuk sementara..."LEMAH"