JUMPA

49 3 1
                                    

Omar mula memerhatikan tindak tanduk ibunya yang tidak tentu arah
Makin lama ibunya makin tidak berapa nak sihat
Secara Fizikal mahupun mental...
Entah kenapa?
Omar pun tidak tahu...

"Ibu rindu sangat dengan Angah,Long"
"Ibu nak jumpa dia..."
Rayu Ibu sambil merenung wajah anak sulungnya itu.
Mengharapkan Angah pulang kepangkuannya seperti dulu...
Omar hanya mampu menggelengkan kepala
Dia pun sangsi
macam mana nak tenangkan Ibu...











Sejak Mirul masuk asrama...
Ibu kelihatan seperti Kucing kehilangan anak...
"Kalau ibu tak mahu berjauhan dengan Mirul kenapa ibu biarkan Mirul masuk asrama"
Monolog Omar dalam hati...











Ibu merenung kearah luar jendela...
Bayangan masa lampau mula bermain di dalam minda...











..................
..................












2015

"Awak jangan cuba nak pisahkan saya dengan anak anak saya yerr"
Pinta Alia sambil memandang lekat kearah Bekas Suaminya,Safwan...
"Awak fikir perempuan yang tak bekerja macam awak nie mampu ke nak sara 3 orang budak sekali gus"
"Dahlah takde apa apa kelayakan"
"Sapa jer nak terima awak bekerja"
Hamun Safwan
Mendengar kata kata Bekas suaminya itu,
Alia mula terfikir...
Benar jugak apa yang dikatakan

"Nak bagi diorang makan apa,Batu,pasir ke!!
ALIA"

Hal itu membuatkan Alia termenung...
Dia mula memandang satu persatu anak anaknya...
Ketika ini,Hanya Nadhir dan Mirul sahaja yang ada bersama mereka.
Omar tidak ada,dia sedang menduduki SPM ketika itu,











Alia memandang Mirul dan Nadhir yang sedang berpelukan...
Timbul rasa sayu dalam hatinya...
Adakah dia perlu melepaskan salah seorang antara mereka?
Alia buntu...






















"Baik,kata putus...
aku ambik Nadhir dan kau ambik Mirul ehhh"
Safwan tersenyum sumbang...
Manakala Alia berasa serba salah
...
Nadhir anak ibu...
MAAFKAN IBU,
SAYANG
.











Kesempitan hidup meminta Alia untuk membuat pilihan...
Sama ada untuk menjaga  si
Bongsu...
Ataupun
Si tengah...















Pilihan dah dibuat....














....................................................
Tangisan Ibu semakin kuat memenuhi segenap ruang bilik tidurnya...
Omar hanya mampu melihat sahaja si Ibu
Dia bukannya pandai memujuk
Tidak seperti si Bongsu,Mirul
kaki bodek ibu mereka...










"along,Bawak ibu pergi KUDRAT cuti nie..."
Pinta si Ibu











kejap,Kenapa cam tiber nie?











"Ibu,rindu adik ehh?"
"alah ibu nie..."
Omar tersenyum mengada
"ye,ibu nak jumpa adik..."













"dan angah..."











KUDRATWhere stories live. Discover now