Kami berempat lepak di cafe. Lepas semua free kami bergossip. Jadi Juahara rasa hilang kesunyian.
Sejak balik rumah Naufal, Naufal berubah banyak. Langsung tiada call atau ws. Bukan itu sahaja status whatsapp pun tak nampak langsung. Hanya ada ig je, buat story banyak-banyak boleh pula...tu pun Sofea yang buatkan. Dia rakam Naufal. Ara tahu Naufal ni takkan buat story sangat.
Wehh Ara kau dengan Naufal memang tak bertegur ke? Korang gaduh? Tanya Danial, sedari muka Jauhara tiada seri saja.
Dah kalau couple dengan perempuan kuat cemburu dan kongkong gitu memang Naufal kena ikat lah. Balas Akmal. Dia sedar okay Naufal kalau nak lepak study dengan member kelas perempuan mesti Sofea ada.
Tulahhh aku tegur Naufal pun Sofea pandang tajam macam aku nak rampas Naufal pula. Sampuk Kamilia yang tengah mengaul nasi.
Belum kahwin dah jadi queen control matilah nakkk. Jawab Danial geleng kepala. Kau jangan sedih Ara aku kan ada.
Ceh. Jeling Ara. Biarlah dorang asalkan happy. Malas nak ambil tahu, buat sakit hati saja.
Elok-elok Naufal dengan Ara sweet sweet jee, Ara tak kongkong Naufal pun. Ni dengan Sofea, Naufal macam pak turut je. Geram Kamilia sambil meramas nasi.
Cinta kan buta. Akmal menongkat dagu. Sem kali ni struggle juga, last sem kan. Otak dia nak pecah untuk dapatkan 4 flat demi hidupnya berjaya!
Bau kentut pun wangi, tak gosok gigi pun no hal. Celah Danial lalu menarik kek Ara.
Eh Ara dengan Aizat ada apa-apa ke? Tanya Kamilia, dia sedar Aizat kerap jumpa Ara.
Biasa jelah. Tak rapat pun, dengan korang lagi rapat. Korang jelah aku ada, kalau tak ada korang makin sepi lah hidup aku. Jauhara mengambil balik pinggan kek di tangan Danial. Suka suki dia je ambil!
Sharing is caring Ara...renggek Danial.
Kau nak kena sharingan aku? Jauhara menjengkil matanya.
Kalau Aizat buat benda pelik-pelik roger lah. Kami sedia membantu untuk beri penumbuk atau tendangan kasih sayang. Akmal makan nasi disuap oleh Kamilia. Manja kali Akmal ni.
Hahahaha yelah, ni aku sayang kau Mal. Belajar rajin-rajin banggakan aku, tak sabar nak tunggu. Muka Jauhara tersenyum sehingga nampak gigi braces.
Cis! Akmal menjuling matanya. Sedar tak sedar kek Ara dihabiskan oleh Danial senyap-senyap.
Siot laaaa Den! Beli balik kek aku! Ara mencubit lengan Danial.
Sakit dohhh! Alaaaa nampak sedaplah cinta. Nanti abang belikkan untuk cinta okay? Danial senyum sengget.
Otak kau! Sia-sia hidup kau nanti. Geram Jauhara lalu menampar lengan Danial berkali-kali.
Tak dengan Akmal, dengan Ara. Danial suka buat hal betul. Kalau dengan Kamilia kemain lembut.
YOU ARE READING
Undurkan Cinta Ini
Short Story7 📓 Jauhara Tsamina berkawan rapat dengan Mihran Naufal. Sejak Naufal berhubungan dengan Malika Sofea, hubungan mereka retak. Jauhara membawa diri makin lama makin jauh dari hidup Mihran Naufal kerana dia mencintai lelaki itu. Sayangnya Naufal tid...