10 | Yakin

82 6 2
                                    

Raina mengetuk bilik pejabat bossnya yang garang itu. Serius garang weh! Macam singa betul, dahlah cerewet.

Ada apa Raina? Juruaudit dah jumpa? Saya tak nak juruaudit tak jujur, buang duit jelah bagi. Suara Naufal jelas serius dan tegas.

Masih mencari Tuan Naufal. Raina memintal hujung bajunya. Sudahlah juruaudit dia cari tak guna!

Tak apalah nanti saya tanya kawan saya, mana tahu ada. Airil mana? Kalau dia dah balik sini suruh dia jumpa saya. Mengeleng kepala saja Naufal dari selak dokumen. Syarikatnya perlu diaudit. Banyak benda tak kena.

Baik Tuan. Raina keluar dari bilik. Nasib baik bos kata macam tu. Juruaudit syarikat dulu tak amanah, bila cari yang baru pula tak jujur.

Naufal melihat telefon tiada noti langsung dari Sofea. Busy sangat kalah aku. Buat surprise mungkin dia okay kot, lagipun nak lunch dah.

Naufal bangun lalu keluar dari office. Sudah lama tidak bertemu dengan Sofea. Dia macam rasa nak putus tunang ke bila hubungan ni tidak nampak bayang.

~

Sofea saya tak pernah nampak tunang awak, betul ke awak ni tunang orang? Tanya Izzat rakan kerja Sofea.

Errr...dia busy.... Sepatutnya dia dah kahwin dengan Naufal tapi tak yakin boleh bahagia dengan Naufal jadi dia tunda dan tunda.

Ohhh kalau awak single saya nak masuk minang. Gelak Izzat.

Muka Sofea terus merah rasa malu. Hahaha awak buat lawak pula Izzat.

Eh apa salahnya kan? Saya tunggu awak, kot kot tak jadi kahwin. Gelak kecil Izzat.

Macam-macam lah awak ni. Nasib baik aku tunang orang kalau tak dah kahwin dengan Izzat. Boleh tahan juga Izzat ni.

Lunch sekali jom? Ajak Izzat.

Jomlah dah waktu lunch ni, dorang yang lain dah keluar. Sofea pergi ambil beg dan ikuti Izzat.

Naufal baru sampai depan bangunan kerja baru Sofea, sebelum ni dia kerja di Johor. Nak call ke? Hmm..Naufal mendial nombor Sofea.

Lunch pun takkan busy..call lagi untuk kali kedua dan baru dapat.

Hello ada Naufal?

Jom kita lunch nak tak? Mata Naufal memandang pintu luar bangunan itu.

Sorry lah awak, saya lunch dengan kawan dah janji. Nasib baik Naim pergi ambil kereta kat bawah, dia suruh aku tunggu depan lobby je.

Ohhh, lelaki ke perempuan? Naufal nampak Sofea keluar pintu kaca itu.

Perempuan, haa okaylah nanti kita jumpa sabtu ni lah. Assalamulaikum. Sofea terus tutup telefonnya.

Rushing betul. Naufal nak bergerak pergi tapi hati suruh tunggu kejap. Jadi Naufal saja lihat gerak-geri Sofea.

Tidak lama kemudian nampak kereta myvi hitam berhenti depan Sofea dan pemandu lelaki keluar buka pintu. Naufal terasa dirinya ditipu sehingga wajahnya merah menahan marah. Curang? Aku rasa macam kena game pula.


 Curang? Aku rasa macam kena game pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Undurkan Cinta IniWhere stories live. Discover now