5 | Darkness

72 3 0
                                    

Sekejap masa berlalu menelan masa. Harini Naufal dan Sofea akan melangsungkan majlis pertunangan.

Maksudnya kami sudah habis belajar, mereka tidak kahwin terus sebab nak tunggu Sofea habis belajar dahulu.

Semalaman Jauhara tidak tidur kerana fikirkan Naufal. Rasa berat kaki hendak melangkah pergi.

Ara mengenakan baju kurung putih. Baju ini je ada dalam almari, baju lain kebanyakkan tak muat.

Pinnn! Kereta dari luar menunjukkan Aizat datang. Hari ni malas nak drive sebab malas lah.

Jauhara keluar dari rumah, sempat Ibuk Mila tangkap gambar katanya macam aku pula nak tunang.

Cantiknya Ara saya ni. Senyum manis Aizat lalu buka pintu. Siapa yang nak tunang ni?

Hahaha Aizat jangan nak merapulah. Jawab Ara sambil gelak. Hatinya kini berdegup kencang. Jangan nangis sudah Ara kat situ.

Dari sini ke rumah Sofea dalam 45 minit juga. Kawan-kawan rapat memang ada sebab Naufal dan Sofea jemput termasuk Ara. Sofea saja la nak show off Naufal milik dia tu.

Sampai sahaja di rumah Sofea, bukan rumah sebenar Sofea tapi rumah pak ciknya sebab Sofea duduk negeri lain, majlis sudah mula tinggal makan-makan.

Ni siapa tunang ni? Tanya Akmal melihat Ara pakai baju putih.

No comment. Baik senyap. Jawab Jauhara jangggal sebab aku sorang je pakai baju putih! Tak pasal orang ingat Naufal bertunang dua orang perempuan hohoho.

Elelele malu-malu pula Kak Ara kita. Sakat Danial.

Kak Araaaa! Kak Alaaa. Dua kembar itu menerpa ke arah Jauhara lalu peluk kakinya. Yang sorang panggil Alaaa yang sorang panggil Araa. Macam-macam lah dorang ni.

Ehh sayang kakak Araa, comel jeee baju! Jauhara menunduk lalu mencubit manja pipi mereka.

Araaa! Lamanya mama tak nampak Ara ni. Kenapa berisi ni? Stress ke? Puan Najiha membelek Jauhara.

Hahahaha mama kalau stress orang kurus, ni buktinya Ara bahagia.
Senyum manis Jauhara, matanya tertancap kedapa Mihran baru keluar rumah itu. Mata kami bertentangan.

Kenapa lama tak datang rumah mama? Sayu saja Puan Najiha bertanya. Takkan Naufal nak tunang Ara merajuk nak datang.

Ish ke situ pula. Ara tengah sibuk mama. Lepas ni ada banyak benda nak settle. Kata Ara sambil memegang tangan Puan Najiha.

Akmal dan Danial sudah jauh dari kami. Tidak mahu ganggu, manakala Aizat masih disisiku.

Naufal berjalan ke arah kami dengan wajah serius bila nampak Aizat.

Eh Ara, masuklah. Makan dulu. Terima kasih datang majlis pertunangan kami. Senyum Sofea penuh tersirat.

Jauhara membalas senyuman lalu masuk. Tak kuasa nak bagi hati aku sedih. Sofea terus ikut Jauhara, rasa best bagi Ara ni sakit hati. Bukan dia tak perasan Ara ni suka tunangnya. Yang dia tak puas hati lagi, Ara pakai baju putih!

Plan apa kau dekat dengan Ara? Tanya dingin Naufal jepada Aizat.

Bukan urusan kau bro. Kau dah lukakan dia baik aku tolong sembuhkan. Jawab Aizat riak tenang.

Danial dan Akmal memandang antara satu sama lain. Rasa ada aliran elektrik antara mereka.

Dia kawan aku, kau nak game dia je kan? Blah sebelum aku belasah kau. Kata tegas Naufal. Dia tak suka Aizat sebab hal tertentu.

Undurkan Cinta IniWhere stories live. Discover now