Headphone 🎧

448 23 10
                                        

• Zass (angst) •
- Puan Syura (ibu)
- Aileen (6), Intan (4)
.
.
.
.
.
⚠ Based of my headcanon
Please don't take it seriously ⚠

Beberapa tahun yang lalu..

Keadaan rumah agak meriah kerana mereka sekeluarga sedang meraikan hari jadi Zass yang ke-12

Zass meniup lilin pada keknya diikuti dengan tepukan oleh adik-adiknya serta ibunya. Jangan ditanya tentang ayahnya, lelaki tersebut telah meninggalkan mereka selepas adik bongsunya lahir

Ibunya, Puan Syura memotong kek tersebut dan mengagihkannya kepada Zass dan kedua-dua anak perempuannya itu

Seusai makan, Aileen berjalan ke arah abangnya sambil memegang kertas kecil

"Abang! Ni Aileen ada buat kad untuk abang, hehe" ujar Aileen. Zass menghadiahkan adiknya itu dengan senyuman manis, kemudian mengambil kad tersebut

Di dalamnya tertulis

Selamat Hari Jadi Abang!
Semoga abang sentiasa sihat,
Dan sentiasa ada di sisi kami semua

Sayang Abang sampai ke Syurga !♡

Zass yang membacanya, sekali lagi tersenyum. Kemudian, dia perasan yang ibunya datang menghampirinya dengan sebuah kotak kecil di tangannya

"Ni, ibu belikan hadiah untuk kamu" Zass membuka balutan kotak tersebut, disaksikan oleh kedua orang adiknya serta ibunya

"Headphone?" Zass memandang ke arah ibunya yang tersenyum manis

"Ibu biar betul, benda ni kan mahal. Jangan cakap ibu guna duit gaji ibu untuk belikan Zaf ni" ujar Zass lagi (Zaf=Zafran, nama asalnya)

"Takpelah. Ibu nak bagi Zaf ni sebab Zaf kat tak suka bunyi yang kuat. Janji dengan ibu, jaga elok-elok" Zass terus memeluk ibunya. Adiknya turut memeluk Zass dari belakang

Zass, dalam dakapan ibunya itu menangis sebelum ibunya meleraikan pelukan tersebut. Mengesat air mata satu-satunya anak lelaki di dalam rumah tersebut

"Dah, ape kata Zasa cuba dulu" Zass mengangguk, mencapai handphone yang diletakkan di kabinet kemudian duduk di sofa kecil

Adiknya turut teruja melihat sesuatu yang agak asing itu. Ibunya dari jauh hanya tersenyum

"Wahh! Intan nak cuba jugak?" Zass tersenyum kecil kemudian menyarungkan headphone tersebut ke kepala Intan

"Boleh dengar ke??" soal Aileen. Intan mengangguk teruja, Zass kemudiannya memasang headphone tersebut kepada Aileen

Suatu malam, Puan Syura menghidu asap dari arah tingkap. Dia menuju ke arah tingkap utama, melihat rumah jiran sebelahnya

Dia segera menuju ke bilik Zass, mengejutkan anak lelakinya itu

"Zaf, Zaf! Bangun sayang" Zass terjaga dalam keadaan mamai

"Ibu kenapa ni? Bau apa pulak ni?" soalnya

"Zaf dengar sini ye. Zaf lari keluar ikut jiran yang lain ye. Rumah sebelah ni terbakar, ibu nak pergi selamatkan adik kamu" Zass dalam keadaan terkejut dan panik, segera mencapai headphone-nya kemudian menuju ke bilik adiknya Aileen

ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ ᴏɴᴇꜱʜᴏᴛ 🎀Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang