Malam Raya [2] 🌙

471 19 10
                                        

• Jet x Roza •
- 17 tahun
- Dato' Zamir Shah (ayah)
- Datin Mastura (ibu)
- ft. Cik Hasliza (ketua maid)

Dengar sahaja pengumuman raya tersebut, keluarga Jet sudah bersiap sedia untuk menyediakan hidangan raya

Roza pula berada di biliknya. Macam mana dia ada bilik? Well, lepas je Jet bawak Roza jumpa Ibu dia, terus Ibu dia ubah suai bilik tetamu sebagai bilik Roza

Lmao, suka naw ibu dia ni kat Roza. Siap ada bilik sendiri kat rumah diorang

Tak lama kemudian, pintu bilik Roza diketuk. Roza, terus menuju ke pintu

Kelihatan seorang maid bernama Kaira membawa sepasang baju kebaya berwarna merah gelap bersamanya

"Puan suruh saya hantarkan baju ni untuk Cik pakai esok" Roza yang masih cuba biasakan diri hanya mengangguk

Seusai menggantung bajunya, dia kembali ke pintu biliknya

"Cik nak tolong sekali tak? Mereka yang lain sedang membuat persiapan untuk raya besok" Roza meng-oh-kan sahaja

"Ok, jom!" ujar Roza, semangat. Biasanya dia hanya tinggal di Akademi sementara yang melayu pulang ke rumah untuk menyambut Aidilfitri. Hari yang ke-3 barulah ada sambutan di Akademi

Sesampai di tingkat bawah, Roza dapat lihat ada beberapa maid yang lain sedang memotong bahan, mencuci, menukar langsing dan ada yang sedang mengemop lantai ruang tamu

"Ah, Roz. Meh sini. Cik Hasliza akan ajar kamu cara menganyam ketupat" Panggil D.Mastura dari dapur. Dia menunjuk ke arah wanita yang sedang duduk di atas tikar

'Tu ke Cik Hasliza?..'

Roza membalas dengan senyuman sebelum menapak ke dapur. Kaira kelihatan sedikit terkejut

'Biasanya yang lain selalu menolak..takpun pergi dengan gaya terpaksa. Dia ni lain pulak, tak membantah langsung. Tak sama macam perempuan yang Tuan Muda pernah bawa'

FYI, diorang just planning. Mana tau Roza ni same je macam ex Jet yang lain. Yang couple dengan dia sebab duit

"Sila duduk Cik Roza" ujar Cik Hasliza dengan nada mendatar. Roza, dengan terburu-buru segera duduk

Dia sempat menoleh ke pintu dapur yang terbuka luas, menampakkan Jet yang sedang mengacau dodol manakala ayahnya, D. Zamir Shah memberikan sokongan moral

"Sikit lagi tu. Ini ke anak jantan haa?" Roza tergelak kecil

'Anak jantan takut cerita hantu ke pfft-' Teringat kejadian Jet terkejut beruk masa ejen muda menonton cerita hantu pfft-

"Cik Roza boleh tengok dulu saya buat sebelum ikut" Dengar sahaj suara Cik Hasliza, membuatkan Roza kembali fokus. Cik Hasliza hanya memerhatikannya sebelum mula menganyam

Roza melihat setiap langkah dengan teliti. Kaira disebelahnya tersenyum kecil

'Tapi comel lah kawan yang Tuan Muda bawa ni hehe'

ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ ᴏɴᴇꜱʜᴏᴛ 🎀Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang