• Jet x Roza •
- flashback, (12y.o)Wad Dahlia
“Haih kau ni, kalau kau mati malam tu macam mana ha? Dah lah call semua tak jawab” marah Mika
Siapa yang tak risau tiba-tiba Jet telefon dia pukul 1 lebih, bagitau yang Roza overdose? Perempuan ni pun haih..
Mika hanya membuang pandangannya kepada Roza, yang sedang mengunyah kek batik buatan ibu Jet
“Lepas tu buat muka tak bersalah, kalau aku sumbat bantal kat belakang kau tu kang” Bulat berusaha menenangkannya. Roza pula yang tersengih
“Sorry lah Mika..” Itu je? ITU JE?!
'Eh eh minah ni, aku punya lah dah tidur time tu walaupun tak berapa tenang sangat, lepastu si Jet ni pulak macam kene kejar hantu call aku malam-malam, bagitau yang kau overdose. Itu je yang kau cakap?!!!??'
Mika menarik nafas sedalam-dalamnya, sebelum mengajukan soalan kepada Roza
“Kenapa? Kenapa kau overdose malam tu? Sebab mak kau? Ke sebab kau ambil dose tinggi sebab kau tak boleh tidur?” soalnya
Roza mula diam, tidak menyambung kunyahannya dan memandang ke arah Mika
“Mak kau? Apa dia cakap? Bukan dia dah buang kau ke, ni dah kenapa pulak?” soal Mika lagi. Jelas terlihat yang dia sedang risau
“Dia bagitau..bapak aku dah mati” Itu je, yang membuatkan Mika dan Bulat tersentak
“Dia cakap semua salah aku, sebab bapak aku mati tu sebab dia dalam perjalanan nak pergi airport, nak datang sini. Kononnya, nak cari anak yang dia buang ni.
Dia marah aku sebab dia kata laki dia tu sakit, pastu cakap aku punca dia mati. Padahal, aku bukannya rapat sangat pon ngan dia tu. And kalau ye pon nak cari aku, dari dulu lah dia dah cari anak yang dia biarkan isteri dia buang ni”
“Tak ke bodoh, dah buang nak ambil balek. Kalau ye pon, belum tentu dia jumpa aku” jelasnya panjang lebar
“And the reason you overdose?” soal Mika
“I did blame myself, so yeah..” Roza menghadap semula ke arah kek batiknya dan sambung makan
Mika dan Bulat bertukar pandangan. Jet yang baru sahaja membeli makanan, masuk ke dalam bilik
“Makanan dah sampaiii” ujar Jet
“Kau beli ape?” Jet mengeluarkan satu per satu makanan yang dibelinya, meletakkannya di atas meja
“Nasi lemak, dah lama dho aku tak makan” ujar Bulat sebelum mencapai bekas makanan tersebut
Mika hany diam sebelum dia mencapai bekas tersebut, melangkah ke arah bilik air untuk mencuci tangannya
.
“Depression kamu semakin teruk, jadi kamu akan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Baru sahaja tadi kami cakap yang kamu overdose, right? Jadi, saya nak pantau kamu selama seminggu ni”
![](https://img.wattpad.com/cover/322519419-288-k833086.jpg)
YOU ARE READING
ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ ᴏɴᴇꜱʜᴏᴛ 🎀
Cerita Pendek-oneshots -some headcanon maybe? -some ig post (lol) -timeskip (bile dorang dh besar) -just for fun sebab aku bosan 👍🏻