Meeting You Again ☘️

467 18 7
                                    

• Ali x Alicia •
- both of them 6 tahun (flashback)

Flashback

-Birthday Alicia-

"Nah Ichaa! Ali beli cekak rambut ni sebab dari haritu Ichaa nak kan??" Ali menghulurkan cekak rambut berwarna hijau itu kepada Alicia. Alicia tersenyum gembira

"Yeayy!! Maceh Ali!" Ali menolongnya memakai cekak rambut itu

"Haa, pandang sini. Uncle nak amik gambar ni" kata Uncle Balar

Mereka berdua membuat gaya (✌🏻) sambil tersenyum gembira

-Esok, di Taman Permainan-

Ali dan Alicia bermain di gelongsor. Tanpa kedua orang tuanya sedar, Alicia hampir jatuh kerana ada budak yang berebut dengannya untuk bermain di monkey bar. Ali sempat menariknya rambutnya (time ni rambut Alicia panjang) and dia pegang kat getah rambut

Tapi, getah rambut itu terlepas dari rambut Alicia dan mereka berdua terjatuh

"ALI, ALICIA" Kedengaran Aliya menjerit melihat mereka jatuh

Alicia berada dalam dakapan Ali dan getah rambut tu ada dalam tangan Ali (tempat dorang jatuh tu agak tinggi untuk budak)

"Ya Allah.." kata Uncle Bakar. Rama yang berada di situ terus menelefon ambulans, melihat kepala Ali berdarah

Skip..

"Ali mengalami hentakan agak kuat di kepalanya. Kemungkinan besar juga dia akan hilang ingatan" kata-kata doktor itu masih kedengaran di telinga Rama

Dia tidak henti meminta maaf kepada Ghazali dan Aliya walaupun Aliya sudah memaafkannya

Alicia pula hanya pengsan. Setelah beberapa minggu, Rama perlu berpindah ke kawasan yang agak jauh dari rumah Ali

Rama bertemu keluarga Ali, meminta maaf dan memaklumkan yang mereka akan berpindah. Alicia pula hanya duduk di dalam kereta, kelihatan muram

Setelah beberapa hari di rumah baru, Alicia masih lagi mengurungkan dirinya. Dia membuat keputusan untuk memotong rambutnya menjadi pendek, dan tidak pernah mahu rambutnya panjang. Asal panjang sikit je, dia akan potong

Sejak dari situ perangai dia berubah menjadi dingin

End flashback

Hari persekolahan bermula lagi. Sekarang Ali sudah masuk darjah 5. Dia berjalan menuju ke kelas bersama Viktor

"Eh Ali, kau ada dengar tak yang kelas kita nanti ada student baru?" Ali menoleh ke arah Viktor

ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ ᴏɴᴇꜱʜᴏᴛ 🎀Where stories live. Discover now