Chapter 36

2.6K 119 2
                                    

Rambut lurusnya dicengkam kasar. Sehingga kulit kepala yang tertarik menyebabkan dia merasa nyeri di bahagian itu.

Dari tadi duduknya tidak senang. Hatinya naik gusar. Mana tidak, kelmarin Meldina yang muncur di dalam rumah ini. Hari ini kakak dan abang iparnya pula muncul. Katanya mahu menginap beberapa hari di sini.

Bermakna dia harus tinggal sebumbung dengan bekas tunangnya dan bekas wanita suaminya. Ya! Meldina bekas wanita Edriane. Wanita itu pernah menjadi buah hati suaminya.

Patutlah wanita itu seperti sudah mengenali Edriane. Dia perasan ini sewaktu hari perkahwinan mereka dahulu, Meldina dan suaminya terlihat berbual mesra. Suaminya juga ada ketawa terbahak-bahak. Sampai sekarang dia masih tidak tahu apa yang dibualkan.

Mula-mula memang naik pitam juga dia dengar pengakuan ini dari Edriane. Memang rasa macam nak lunyai orang je. Tapi itu sudah menjadi sejarah lama. Tak perlu diungkit kembali.

Ini tak boleh jadi! Dia mesti buat sesuatu. Apa-apa pun asal menjadi.
Takkan dia biarkan Meldina mendekat seinchi pun dengan suaminya. Kalau boleh, sepuluh meter jarak antara mereka yang dia mahu.

Dahlah dia sekarang tengah merajuk dengan Edriane. Lelaki itu masih tidak memenuhi permintaannya malam tadi. Walhal dia hanya mengidam je pun. Nasib baik mengidam nak makan daging monyet tu dah hilang. Sekarang rasa nak makan jeruk timun, dan disaluti dark coklat. Mana nak cari ya?

Tunggu lepas ni, dia pergi cari di pasar raya. Kalau nak ditunggu Edriane. Rasanya bukan jeruk timun dibawa balik nanti.

"Baby, mama ajak turun makan." Suara Edriane menyentakkan lamunan Darla.

Wanita itu memandang wajah Edriane dari bayangan cermin. Dia berdecih kecil. Lelaki itu masih tidak mahu memujuknya, walhal dia sudah tahu yang Darla sedang merajuk.

Dia berpusing seratus lapan puluh darjah lalu berjalan melalui Edriane yang masih berdiri di tempat. Kakinya membentuk langkah ke arah tangga. Baru kakinya ingin memijak tangga pertama. Dia batalkan niat.

Wajahnya pusing kembali mencari tubuh Edriane. Dia pandang Edriane yang sudah berdiri di belakangnya. Bibirnya segala dicebik ke depan dengan tangan yang sudah memegang lengan Edriane.

"Awww my head hurts so much right now abang." Rengek Darla manja. Dia pejam matanya erat seperti sedang menahan sakit kepala yang teramat.

Wajah Edriane sudah berkerut. Tadi isterinya okay saja, sekarang sakit kepala pula dah?

Seperti ada yang tidak beres, matanya meliar ke arah setiap sudut tempat itu. Dapat dia tangkap satu sosok yang sedang berdiri kaku di hadapan bilik tidurnya. Mungkin dia juga ingin melangkah turun, namun niatnya terbatal apabila sepasang pasangan itu turut berada di situ.

Dia kembali melihat ke arah Darla yang masih buat-buat sakit kepala. Dipicit-picit perlahan dahinya. Dia ukir senyuman senget. Nakal isterinya ni.

Tanpa melengahkan masa, terus badan Darla dicempung gaya bridal style menuruni anak tangga yang agak tinggi itu. Terbuntang mata Darla. Hampir terjerit wanita itu.

Namun lama-lama dia terbiasa, dia jenguk kepalanya ke atas mencari kelibat yang dia perasan tadi.

Lidahnya dijelir pada Meldina yang masih terkedu di muka pintu bilik. 'Kau hado? Takdok, ah lemah selebaw'

Meldina yang perasan dengan tindakan Darla itu hanya mampu menggenggam kedua penumbuk. Dadanya naik turun. Tunggu nasib kau Darla!

Edriane juga hanya menggeleng dengan senyuman tipis. Ada-ada je isteri dia ni.

Setelah tiba di ruang makan, dengan laju Edriane tarik kerusi dengan kakinya. Diletak perlahan tubuh Darla.

Darla masih lagi dengan lakonan, dia buat-buat aduh sana aduh sini. Edriane menarik kerusi di samping Darla lalu hempas punggung di situ. Menghadap isterinya.

His Little Amore | C |Where stories live. Discover now