II

4 3 0
                                    


"Cecilia, nanti kau tengok kalau ada customer datang. Aku nak pergi belikan air untuk kita. Jangan mengelat pulak," garang Eman memberikan amaran.

Cecilia hanya tersenyum manis. Dia tahu Eman hanya bergurau dengannya.

Keluar sahaja Eman, Amber juga turut keluar. Tanpa kata mahupun pesanan. Biarlah, nanti tak ada orang jagakan kedai.

Cecilia galak membaca komik di Webtoon. Sesekali dia tersenyum tatkala membaca sambil membayangkan dirinya berada dalam komik tersebut.

"Hello miss."

Bacaan Cecilia terus berhenti. Galak mata aurora tersebut menilik jejaka yang mengenakan spek hitam dan sut  kemeja dihadapannya.

Terus Cecilia melemparkan senyuman manisnya.

"Hello encik. Boleh saya bantu encik?" Cecilia masih setia merenung jejaka tersebut.

Setelah beberapa saat berlalu, dilambai pula dihadapan wajah jejaka itu.

"Oh sorry. By the way, i nak tanya kalau you masih ada simpan kemeja yang i order seminggu lepas?"

Jejaka tersebut membalas pandangan wajah Cecilia. Renungan yang mampu mencairkan hati wanita diluar sana.

Tak menunggu lama, Cecilia terus ke bahagian Customer's. Dicari kemeja yang ditempah oleh jejaka itu.

Dapat!

Terus Cecilia mencapai dan dibawa kemeja tersebut dengan penuh cermat.

"Encik, ini kemeja yang encik tempah." Cecilia menegur jejaka tersebut. Melihat kemeja yang sudah siap berada dalam sarungnya, terus dia tersenyum lebar.

"Thank you very much, sweetie. I tak sangka kemeja I cantik macam ni," ucap jejaka tersebut sambil mengenyitkan mata.

Tidak lekang juga dengan senyuman manis. Cecilia tiba-tiba malu sendiri.

Haih lah encik, jangan lah murahkan senyuman manis tu!

"Apa nama you sweetie?"

"Cecilia. Nama encik?"

"Julian Aquila. But you may call me tonight sweetie. I pergi dulu," seloroh Julian sebelum baju kemejanya diambil.

____________

Eman hanya melihat rakannya yang tidak berhenti senyum sedari tadi. Sejak dia balik, Cecilia hanya tersenyum tanpa berhenti sepanjang hari.

"Cil, kenapa kau senyum je hari ni? Lepas belikan kau lunch, aku balik kau dah macam orang mabuk cinta tau," tanya Eman.

Namun, tiada balasan yang diterima membuatkan Eman beriak geram.

"Cil!"

Terus Cecilia memandang Eman. Eh, terberangan lah pulak!

"Sorry Eman. Awak cakap apa tadi?" Cecilia rasa bersalah apabila Eman melancarkan mogoknya.

"Kau ni. Apa yang jadi sebenarnya sampaikan kau senyum tak berhenti hari ni?"

Senyuman tak lekang dek bibir, pantas tangan mulus Cecilia mengapai tangan rakannya. Eman mula mengerutkan dahi.

"Eman, awak... ada boyfriend tak?" Risau dengan riak Eman nanti.

Rasanya 4 bulan lepas Eman memutuskan hubungan dengan seorang lelaki. Kerana lelaki itu kaki judi, sehingga Eman mula menyampah dengan teman lelakinya yang meminta wang untuk berjudi.

Eman bersyukur dia tidak ada apa-apa lagi hubungan dengan lelaki itu.

"Tak ada. Kenapa Cil? Ke kau ada..." Cecilia sudah termalu sendiri. Eman nampak sangat terkejut dengan diri Cecilia.

"Kau serius lah Cil? Siapa? Kenapa tak cakap dengan aku pun?"

Eman sudah melancarkan merajuknya. Sengaja ingin melihat wajah Cecilia yang sudah kemerahan menahan malunya.

Sedang mereka berborak mesra, tiba-tiba mereka dilanggar oleh seseorang sehingga menyebabkan Eman terjatuh ke hadapan.

Pantas sahaja langkah melarikan diri. Cecilia cepat-cepat menolong rakannya.

"Awak okay tak Eman? Ada luka kat mana-mana?" Cemas Cecilia melihat wajah Eman yang hampir menghamburkan tangisan.

"Mesti orang tu lagi," ujar Eman cuba menstabilkan dirinya.

"Orang? Siapa Eman?" Tutur Cecilia bingung. Orang mana pulak yang dimaksudkan oleh Eman?

"Kalau kau nak tahu, kawasan ni digelar 'nakotik street'. Banyak lah penjenayah macam pencuri ke, penculik kat sini. Dan yang langgar kita tadi salah  seorang nakotik street, Justin," terang Eman lebar.

Entah mengapa, Cecilia ada rasa gerun apabila mendengar nama Justin.

Tbc

Wedding ReflectionWhere stories live. Discover now