III

2 2 0
                                    


Cecilia yang sibuk mengemas pakaian, tiba-tiba ditolak oleh Amber sehingga dia hilang keseimbangan.

Eman yang entah dari mana, menderu terus menolong Cecilia bangkit.

"Kau dah kenapa Amber? Pagi-pagi dah buat orang marah?" Marah Eman melihat perbuatan Amber yang melulu itu

"You tanya I Eman? Why you tak tanya kawan acah suci you ni? Apa dia dah buat dekat i?!" Seoktaf suara dibalas oleh Amber.

Cecilia hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya dengan Amber. Kenapa sebenarnya ni?

"Ap-apa yang saya dah b-buat?" Tutur Cecilia memberanikan diri.

Amber tiba-tiba tergelak. Lucu dengan pertanyaan Cecilia.

"Seriously you tanya I? Eh perempuan kalau bukan sebab you tak jaga kedai, i tak akan kena marah dengan Miss Melia semalam tau!" Amber menjawab dengan berang.

Cecilia hanya mendiamkan diri.

"Eh tu bukan salah Cil. Tu salah kau! Siapa suruh kau menggedik dekat Miss Melia? Sekarang kau nak salahkan Cil?"

"You tak faham lah! Kat mana lagi I nak letak muka I macam ni? Kalau Miss Melia viralkan pasal I, siap you berdua!"

Beg tangan kecil Amber terus diambil dan pintu dihempas kuat. Hish, malu aku macam ni!

Eman menggeleng kepala. Apa punya perangai lah minah sorang ni. Lalu, diusap perlahan bahu Cecilia.

"Saya dah mesej Miss semalam yang saya keluar dan Amber yang jagakan kedai. Lepastu Miss kata okay. Salah saya ke Eman?"

Eman menggeleng. Memang bukan salah Cecilia, tapi Amber.

Pantas pintu utama dibuka. Melihat gerangan tersebut membuatkan dua rakan tersebut menunduk hormat.

Miss Melia.

"What's going on here? Cil, are you okay?" tanya Miss Melia ramah.

"Saya okay Miss Melia. Apa yang kami boleh bantu Miss harini?" Walaupun dilanda kesedihan, dia tetap membantu pelanggan yang datang hari ini.

"Saya ingat Amber ada kat sini. Agak berat berita juga berita ni," keluh Miss Melia sambil matanya tunak memandang dua gadis dihadapan nya.

Eman dan Cecilia membalas pandangan masing-masing.

"Saya akan berhenti kan kamu bertiga kerja buat sementara waktu."

Cecilia sudah menekup mulutnya manakala Eman memandang wajah Miss Melia dengan riak tidak percaya.

"Tapi kenapa Miss? Servis kita tak berapa bagus?" tanya Eman dengan nada selembut mungkin. Dia tidak mahu berlaku apa-apa salah faham dengan Miss Melia.

"Bukan. Alasan utama adalah saya nak pindahkan kedai kita ke tempat yang lebih baik. Saya banyak terima aduan daripada pelanggan kita yang kerap mereka diganggu oleh orang nakotik." Miss Melia menerangkan tujuan sebenar.

Eman dan Cecilia mengangguk setuju.

"Lagipun saya ingat, saya nak rehatkan Amber dari bekerja. Awak berdua jangan rasa susah hati," pujuk Miss Melia lagi.

Eman dan Cecilia hanya menayangkan senyuman tawar. Pahit menelan kebenaran.

_____________

Cecilia hanya termenung sendirian di ruang tamu. Sudah lah sekarang dia sumber wang belanja.

"Kat mana lagi lah aku nak cari kerja?" gumam Cecilia perlahan.

Tanpa Cecilia sedar, seseorang sudah masuk ke kediaman milik gadis tersebut.

"It's okay sweetheart, i'l see you later," ucap suara tersebut.

Cecilia terus dibuai lena. Berharap yang esok ada sinar yang cerah buatnya.





Tbc

Wedding ReflectionWhere stories live. Discover now