VI

3 2 0
                                    


Cecilia mula rasa kepalanya mulai berat. Dia sendiri lupa apa yang berlaku malam tadi.

Dia bangun dari pembaringan. Langkah Cecilia terus menapak ke arah cermin. Dia lihat dirinya masih dalam keadaan yang sama.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Kelihatan seseorang menguak pintu dari luar menyebabkan Cecilia menjerit ketakutan.

"Cil, apa dah jadi? Kenapa kau menjerit?" tanya suara tersebut. Cecilia yang rasakan familiar, terus diangkat wajahnya.

"Eman? Apa awak buat dekat rumah saya pagi-pagi buta ni?" Cecilia sudah bingung. Kenapa rakannya berada disini?

"Eman? Cil, ni mesti Eshal ketuk kau kuat sangat semalam. Aku lah, Estar. Kawan kau. Ingat tak ni?" tanya suara yang dikenali sebagai Estar tersebut.

"Estar? Awak siapa? Saya dekat mana ni?"

Cecilia bingung sendiri. Baru dia perasan, cara pakaian dia berbeza dengan Estar membuatkan dia sedikit ketakutan.

"Cecilia Adriana. Ingat diri kau?"

Cecilia masih beriak bingung. Kenapa dia masih rasa dia bermimpi walhal sekarang dia berada di sebuah tempat yang tidak diketahui asal usulnya.

"Estar, awak... boleh cerita dekat saya apa yang terjadi?"


__________

"Macam tu lah cerita. Sekarang kau dah ingat?" tanya Estar. Segelas air juga dihulur buat Cecilia.

Dia hanya mengangguk. Samar-samar dia cuba mengamati bagaimana dia boleh ada disini.

"Kau jangan risaulah Cil. Aku dengan Estar akan jaga kau buat masa ni. Nanti, kita sama-sama cari nenek Hapily untuk hantar kau balik ke dunia kau," pujuk Eshal perlahan.

Eshal merupakan kembar Estar. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati kecil Cecilia.

"Tak apa Cil. Hari ni kau tak perlu hantar kek. Kau rehat dalam bilik ni je," pesan Eshal sebelum menarik tubuh kembarnya pergi.

Cecilia hanya tersenyum tawar. Mata nya mahu mengalirkan air mata saat ini. Eshal jumpa dirinya dalam keadaan berlumuran darah di dalam hutan semalam.

Bahagian kepala yang dililit kain disentuh lembut. Cecilia melirik matanya memandang sekeliling kawasan.

Matanya tertancap pada tingkap yang berada tidak jauh darinya. Perlahan dia menapak ke tingkap tersebut.

"Itu... bukan ke pokok mulberi?  Burung merpati tu adalah... penjaga pokok tersebut?"

Cecilia menggumam perlahan. Dia rasa sangat familiar dengan situasi sekarang.

Kat mana?

Mata hijau cerah tersebut tidak lepas melihat burung merpati tersebut sedaya upaya menghalau sekumpulan tupai yabg cuba memetik buah tersebut.

Lama Cecilia menghadam, dia teringat sesuatu. Buku komik tu!

Sama. Tak ada satu yang berubah. Maksudnya, dia berada dalam komik yang pernah dilukis olehnya sendiri.

Tapi... buku tersebut sudah dia bakar. Bagaimana boleh jadi macam ni?

"Cecilia," panggil satu suara.

Cecilia menoleh sekeliling. Mencari punca suara yang memanggil dirinya tadi.

Tiada satu homosepian disitu.

"Apa tu?"

Cecilia tertarik untuk membaca satu surat yang digulung kemas.

Kepada Cecilia. Nampaknya, kau kena habiskan jalan hidup 'kau' dalam dunia permainan ni. Disebabkan kau bakar tanpa kau habiskan, terpaksalah aku ambil kau untuk kau rasai kisah rekaan kau. Jangan risau, bahagian yang tidak disambung akan diberi pilihan.

Yang benar,
H.E.A

"Kenapa kau buat macam ni?" Cecilia sudah tidak mampu menahan tangisan.

Nampaknya, dia perlu sambung semua ini. Dia perlu habiskan kisah komik yang tergendala ni.

"Kau kuat Cil. Demi diri kau, abang kau dan kawan kau, Eman."

Tekad Cecilia sebelum dia mengelap sisa mutiara yang mengalir di butir matanya.

Nenek Hapily, here i come!

Wedding ReflectionWhere stories live. Discover now