V

1 0 0
                                    


Cecilia melihat reflek dirinya. Gaun yang tidak terlalu pendek dan terlalu ketat, agak besar dari saiz badan kecilnya.

Rambut yang dibiar lepas dia ikat bahagian belakang dijadikan 'pony tail'. Setelah puas melihat dirinya, Cecilia segera mengatur langkah.

Dia melihat Eshal dan Estar sibuk mengendalikan ketuhar dan melayan pelanggan dalam masa yang sama.

"Mari saya bantu awak," ujar Cecilia sebelum dulang ditolak masuk dalam ketuhar.

"Cil, tak perlu kau tolong kami kat sini. Patutnya berehat," tutur Estar apabila Cecilia berada disebelahnya.

Mata biru kehijauan Cecilia tidak lepas memandang pelanggan yang hadir. Dia tersenyum lembut sebelum tangan laju mengikat bungkusan roti tersebut.

Melihat kedegilan Cecilia, Estar menggelengkan kepalanya. Biar lah, lagipun Cecilia mahu bekerja jadi siapa dia mahu menghalang.

"Star, nampak tak bunga Vanilla? Aku rasa nampak je tadi atas ketuhar," tanya Eshal kepada kembarnya.

"Bunga tadi tu dah rosak. Aku buang sebab aku perasan dia bertukar warna. Takpa, aku keluar pergi beli sekejap."

"Tak apa, biar saya pergi," .

Amboi, tak tau ke diri baru sesat masuk komik?

"Kau pasti ke Cil? Lagipun banyak kami nak suruh kau belikan."

"Saya boleh, awak senaraikan lah barang apa lagi yang nak dibeli."

Eshal mencapai sehelai kertas dan sebatang pensil sebelum tangan tersebut laju menconteng.

Apabila siap, dia terus menghulur kepada Cecilia. Tidak lupa dengan duit.

"Okay itu je. Kau tau tak kedai Saman tu kat mana?"

Cecilia mengangguk. Dia terus menuntun basikalnya sebelum dikayuh laju.

Apabila mata menangkap kedai Saman, terus diperlahankan basikalnya. Dia mengambil bakul yang elok terletak di belakang.

"Haa Cecil, kamu nak cari apa dekat sini?" Pakcik Saman bertanya pada gadis muda itu.

Dia sengaja berdiri di pintu hadapan kedainya sementara pelanggan tidak terlalu ramai.

"Saya cari bunga Vanilla dengan ramuan 'Indra'," balas Cecilia.

Pakcik Saman dengan pantas mencapai ramuan Indra dan bunga Vanilla. Tidak lupa juga beberapa bekas buah dimasukkan ke dalam bakul Cecilia.

"Eh kenapa pakcik masukkan buah strawberi dengan anggur? Duit saya cukup untuk beli ramuan dengan bunga je."

Cecilia dengan rasa bersalah cuba menghulur kembali bekas buah tersebut.

"Kamu tu jarang datang kedai Pakcik. Buah ni kira sedekah pakcik buat kamu, Eshal dan Estar. Haa, tak pa bayar macam biasa je," jawab Pakcik Saman.

Cecilia terus mengucapkan terima kasih sebelum melambai tangan ke arah Pakcik Saman.

Dalam perjalanan pulang, keadaan kota kelihatan riuh dari yang biasa.

Ramai yang berkerumun di suatu kawasan. Cecilia yang hairan turun dari basikal dan menuntun basikalnya ke arah kawasan tersebut.

Rona matanya menangkap sehelai poster yang agak besar ditampal pada papan kenyataan kayu.

Bahasa yang digunakan langsung tidak difahami oleh Cecilia. Lalu, dia diberikan juga poster yang bersaiz kertas A5 oleh lelaki yang berpakaian uniform.

Cecilia terus membawa dirinya kembali ke kedai. Sampai di kedai dia melihat Eshal dan Estar sedang berehat itu terus dihulur poster tersebut kepada mereka.

Mata Eshal dan Estar terbuntang luas. "Mana kau dapat poster ni Cil?" tanya Eshal dengan raut wajah yang agak sukar ditafsir oleh Cecil.

"Masa nak balik tadi, saya ternampak ramai orang berkumpul dekat pasar. Pengawal istana banyak edarkan jadi saya ambil satu. Awak faham ke apa yang mereka tulis tu?" terang Cecilia gugup dengan jarinya dimainkan di gaun.

"Kau kena lari Cil! Orang istana tengah memburu seorang gadis yang datang dari negara asing," ucap Estar terselit amaran.

"Nampaknya, kita terpaksa hantar kau ke rumah nenek tu sekarang."


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Wedding ReflectionWhere stories live. Discover now