"Balik ni aku nak masak apa ya?" soal bella dengan diri sendiri sebelum pintu kereta dibuka. Kaki kiri melangkah masuk kedalam kereta.
"Hari ini aku nak pergi rumah ibu sebab aku kata ada open house." Bella letakkan sayur dibeli di kerusi sebelah.
Langit berwarna kelabu seperti ingin hujan lebat. Bella melihat sekeliling bandar ini.
"Cantik juga bandar ni. Dulu ni perkampungan aje. Bandar dah glow up aku bila lagi?"
*****
Akhirnya Bella sampai juga di rumah ibu. Bella membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam. Bella melihat sekeliling rumah ini. Barang sangat tersusun dan sangat indah. Bella melihat ibunya berada di dapur.
"Assalamualaikum ibu."
Puan Nabila berhenti membasuh pinggan mangkuk. Dia memusingkan badannya dan mendekati Bella. Satu pelukan diberikan. Puan Nabila sangat gembira anak perempuannya sudah pulang.
"Anak ibu ni. Dah besar, dulu ibu tengok kamu masih pendek sekarang dah tinggi." Puan Nabila mengusap kepala Bella perlahan-lahan. Puan Nabila mencium pipi tembam Bella. Air mata mengalir membasahi pipi.
"Kenapa ibu menangis?" soal Bella, dia mengesat air mata Puan Nabila. Bella membawa ibunya duduk di kerusi kayu.
"Ibu rindu abah."
"Ibu, bella tahu ibu sedih tapi bukan ibu seorang bella juga sedih." tegur Bella sebelum memeluk tubuh Puan Nabila.
Bella senyum pahit. Dia menahan air matanya. Kenapa waktu ini ibu baru nak rindu abah? Why?
****
Bella mengangkat semua pinggang si atas kerusi dan membawanya ke meja. Hari ini akan ramai datang. Bella teruja sangat menunggu keluarga belah ibunya datang.
"Bella" Puan Nabila memanggil Bella dari arah dapur.
Bella cepat-cepat menyahut. "Ya ibu?" katanya sepatah dua kata.
"Tolong ibu ambil ubat atas meja. Ibu rasa sakit jantung."
"B-baik." membulat mata Bella. Ubat dia capai dan bawanya ke Puan Nabila.
Bella menghulurkan ubat dan mengambil air untuk Puan Nabila. Muka Bella berubah melihat ibunya sakit jantung.
"Kenapa bella pandang ibu macam tu?" soal Puan Nabila. Dia melihat Bella tidak berhenti memandangnya.
"Bella cuma sedih."
"Kenapa sedih? Ibu tak nak anak perempuan ibu menitis air mata." Puan Nabila perlahan-lahan mengusap pipi tembam Bella.
"Bella hanya tinggal ibu aje. Jadi, bella tak nak orang tersayang hilang begitu sahaja." Bella meletakkan kepalanya diatas bahu Puan Nabila. Bella masih menahan air mata.
"Ibu sentiasa akan berada disisi kamu. Ibu janji akan jaga kamu sehingga ibu akhir hayat." lembut suara Puan Nabila menegurnya. Puan Nabila mencium dahi Bella
"Sayang ibu."
"Sayang anak anak ibu."
"Assalamualaikum." mereka sudah datang. Bella cepat-cepat pergi ke arah pintu.
"Jemputlah masuk." Bella melayan mereka seperti tetamu.
"Baik"
YOU ARE READING
LAST PERSON : BELLA CRYSTAL
Mystery / Thriller12 orang terperangkap dalam satu dunia dimana mereka akan bermain satu permainan maut iaitu KING OR QUEEN. Dalam permainan itu akan dibahagikan 2 kumpulan. Satu kumpulan 6 orang pemain 3 lelaki dan 3 perempuan. Setiap pemain akan melepasi setiap cab...