tenggelam

39 7 0
                                    

musibah membuatkan kamu mencari tuhan,
namun hati kamu masih tidak menemui ketenangan,
kegusaran kamu tidak jua menghilang.

kini kamu menyalahkan tuhan,
merasakan bahawa Dia tidak mendengar,
kamu hilang kepercayaan pada tuhan,
perlahan lahan kamu menjauhi tuhan.

mencari ketenangan melalui jalan maksiat,
berfikir kamu sudah menjumpai ketenangan yang kamu inginkan,
tanpa kamu sedari dirimu sudah jauh tersasar daripada jalan menuju tuhan.

kamu tidak peduli.

kamu sudah tenggelam dalam arus kenikmatan dunia.

bertaubat?

ah, nak mati nanti boleh taubat. you only live once. langsung lupa akan rukun iman, percaya kepada hari akhirat.

قلبوWhere stories live. Discover now