doa

25 4 0
                                    

tangan ditadah ke langit,
memohon doa,
meminta kepada yang maha esa.

segala macam keinginan dipanjatkan melalui doa,
berharap tuhan mendengar permintaan yang disebut sebutkan.

tiada doa yang termakbul,
bahkan mendapat pula sesuatu yang berlawanan dengan doa yang dipinta.

kecewa,
terasa bagaikan doa doa itu tidak mencecah ke langit,
tetapi kamu tidak berputus asa,
kerana keyakinan bahawa doa itu bakal dimakbulkan suatu hari nanti berdiri kukuh di dalam hati.

tangan terus ditadah,
tanpa mengenal erti penat,
doa yang sama diulang ulang,
dengan harapan suatu hari nanti tuhanmu bakal memberikan sesuatu yang kamu inginkan.

namun, ianya masih tidak berjawab.

doa itu tidak lagi berkumat kamit di bibir,
kamu membuat keputusan untuk tidak lagi meminta.

tanpa kamu sedari,
tuhan memberikan apa yang kamu pernah tadahkan sepuluh tahun lampau.

mengapa begitu mudah berputus asa?
allah itu maha mendengar,
segala yang kamu pintakan tidak satu pun terlepas daripada pengetahuan-Nya. 

قلبوWhere stories live. Discover now