pendosa

35 9 2
                                    

dosa manusia lain diperhati,
dosa manusia lain disedari,
bahkan asbab dosa dosa mereka itu,
kamu memandang keji terhadap mereka.

tetapi..

dosa sendiri tidak dicermin,
dosa sendiri tidak direnungi.

tanpa kamu sedari, kamu yang memandang keji ke arah mereka ini (si pendosa) rupa rupanya jauh lebih kotor dan hina daripada mereka.

mereka melakukan dosa secara terang terangan,
manakala kamu melakukan dosa secara sembunyi.

lalu apa yang membuatkan kamu merasa bahawa kamu boleh memandang jijik ke arah pendosa lain?

sedangkan kamu juga seorang pendosa.

قلبوWhere stories live. Discover now