"Weyh! Mana bunga aku?" Tanya Naim sebaik sahaja melihat Azril memasuki kereta. Tanpa melengahkan masa, Azril segera menghidupkan enjin kereta tanpa menghiraukan pertanyaan Naim.
"Asal ni? Bunga aku mana?" Sekali lagi Naim bertanya, tangan disilangkan di dada.
"Tuan panggil kita, dia cakap pihak kita dah dapat detect kedudukan kumpulan tu." Terang Azril tanpa memandang ke arah Naim. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada perjalanan mereka.
"Alahh, dah laa hari ni cuti, tapi kena paksa jugak pergi office. Dah waktu keluar, kena panggil pulak." Satu keluhan terlepas dari mulut Naim. Sudah lah dia dipaksa oleh Azril untuk datang ke pejabat. Baru sahaja mahu bersenang-senang membawa lari temannya itu ke Cyberjaya, dipanggil pula oleh pihak atasan.
"Itulah kau, aku ajak makan dekat-dekat area KL je, kau tak nak. Nak jugak datang Cyber ni. Dah lah setengah jam nak sampai."
Naim hanya mampu pasrah, sudah memang tugasnya sebagai salah satu saka biru. Rela berkorban demi negara.
Pandangan dialihkan keluar jendela, namun terdapat satu perkara aneh membuatkan dia memandang Azril semula.
"Habistu, bunga tadi macam mana?"
"Nanti aku datang Cyber balik ambikkan, lagipun aku dah bagi kad aku dekat owner kedai tu." Walaupun dia agak sibuk, dia telah berjanji kepada pemilik kedai itu untuk datang semula.
Bercakap tentang bunga tadi, Azril teringat kembali alan situasi di antara dia dengan Hana seketika yang lalu.
'Why does my heart beating so fast when I saw her smiles...'
Pandangan Naim kembali dibuang keluar, memikirkan cara hendak menangkap penjenayah yang telah dicari mereka beberapa bulan yang lalu.
"Bahh!"
"Nak kopi ke teh—" Terkeluar latah Hana apabila disergah oleh Fiera yang datang entah dari mana.
"Eh sial laa minah ni. Dah kenapa kau, main sergah-sergah ni? Nasib aku ni bebas penyakit jantung, kalau tak dah lama menghadap malaikat maut..."
Lantas tangannya menampar belakang kepala Fiera, tidak berpuas hati. Nasib tiada pelanggan melihat mukanya terkejut tadi, jatuh saham weyh tengok muka beruk terkeluar. Semakin panjang bebelannya meluahkan ketidakpuasan hati.
YOU ARE READING
Disebalik Bunga
Romance[ Hana Mikayla & Azril Azim ] Membuka sebuah kedai bunga merupakan impian Hana Mikayla sejak kecil lagi. Setelah sekian banyak rintangan dan usaha ingin membuka kedai bunga tersebut, akhirnya dia berjaya. Kedai tersebut mendatangkan banyak keuntun...