Azril masih ligat memikirkan dimana dirinya mendengar ucapan yang diucapkan oleh Hana ketika dia meminta diri. Ucapan itu seakan tidak asing dengan dirinya, cara bertutur dan intonasi yang dialunkan oleh Hana mengingatkan dirinya terhadap sesuatu di masa lalu, namun dia tidak mampu untuk mengimbas dengan jelas kenangan tersebut.
Dikala Azril termenung jauh, satu tamparan hinggap dipaha miliknya. Terhinjut bahu Azril kerana terkejut, lantas anak matanya menikam ke arah empunya tangan tersebut.
"Kau nak tidur dalam kereta ke? Kalau nak, sambung lah termenung tu. Kita orang nak masuk check-in hotel. Bye, assalamualaikum." Dengan itu, Naim menutup deras pintu kereta tersebut.
"Sejak bila anak Pak Mad ni pandai beri salam." Gumam Azril perlahan, dia kemudian menapak keluar mengiringi langkah Naim yang berjalan masuk ke dalam hotel tersebut.
"Haa sampai pun tuan muda, selamat datang tuan muda Azril. Perlu saya tunjukkan bilik tuan muda ke?" Perli Aaris sebaik sahaja melihat kelibat Azril. Azril hanya mengabaikan perlian Aaris dan berdiri disamping Eric yang sibuk membuka bungkusan keropok yang dibelinya semasa menyinggahi petronas seketika tadi.
"Keropok pun tak reti nak buka." Perlahan suara Azril menerpa masuk ke dalam gendang telinga Eric. Tangan Azril lantas mengambil keropok tersebut sebelum Eric sempat bersuara, ianya kemudian dikembalikan kepada Eric sebaik sahaja dapat dibuka.
"Kito nyo manjo." Sengihan dihadiahkan kepada Azril, mulutnya lantas diisi dengan keropok tersebut sementara menunggu Naim selesai menempah bilik buat mereka.
"Nah seorang satu bilik, nanti masuk bilik Azril, discuss apa yang patut." Terang Naim kepada mereka.
"Solat isyak?" Suara Emir terdengar bertanyakan soalan.
"Yang kau buat dalam masjid tadi apa setan kalau bukan solat, kan dah solat maghrib dengan isyak tadi. Bagi malu je berlari macam terencat sambil tunggu waktu isyak." Zzup, lantang Naim bersuara menjawab pertanyaan Emir. Emir hanya menggaru kepala yang tidak berasa gatal.
Mereka pun berjalan ke arah lift dan memasuki bilik masing-masing untuk membersihkan diri.

Hana kini mengambil tempat di hadapan meja solek miliknya. Teringat kembali kejadian dimana dirinya begitu dekat dengan Azril di depan pintu kedai bunganya seketika yang lalu.
Disaat mengenang kembali detik tersebut, satu senyuman terukir dibibir Hana diikuti dengan wajahnya yang merah padam. Malu kerana teringat akan tatapan Azril.
Semakin lebar senyuman miliknya ketika mengingati bahawa dia mengambil tempat di sebelah Azril semasa berada di mamak.
'Too much things happened in one days making me insane!' Hati kecil Hana menjerit keriangan, sungguh tidak menyangka bahawa dia akan menemui Azril kembali setelah bertahun lama berpisah. Namun kegirangan tersebut memudar setelah dia teringat akan satu soalan.
"Ril ingat tak kat Kayla..."
-19 tahun yang lalu-
"Kayla sayang, meh sini. Aunty ada benda nak beritahu kat Kayla." Seorang wanita memanggil Hana Mikayla yang sedang bermain dengan seseorang dilaman rumah mereka. Hana berlari anak-anak menghampiri wanita tersebut.
"Kenapa Aunty?" Wajah polos anak kecil itu dipandang, sebak didada apabila memikirkan yang bakal diucapkan sebentar lagi.
"Sayang Aunty, nanti Aunty tak ada tahu. Keluarga Aunty terpaksa pindah, sayang..." Luruh hatinya melihat perubahan raut wajah Hana yang tadinya tersenyum girang menjadi sayu.
YOU ARE READING
Disebalik Bunga
Romance[ Hana Mikayla & Azril Azim ] Membuka sebuah kedai bunga merupakan impian Hana Mikayla sejak kecil lagi. Setelah sekian banyak rintangan dan usaha ingin membuka kedai bunga tersebut, akhirnya dia berjaya. Kedai tersebut mendatangkan banyak keuntun...