-Kita-

11 2 0
                                    

Nadim POV
-23/7-

"Nadim"
Aku toleh kebelakang. Satu sosok perempuan yang tingginya separa bahu aku sedang berdiri dibelakang aku sambil memegang sebuah kotak.

"Happy Birthday Khairul Nadim^^" katanya.


✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐




15 tahun aku hidup, takde sapa yang ingat. Parents aku pun tak ingat.
Kawan? Lagilaa.... Sorang pun tak ingat. Sebab takde.

Aku rasa birthday aku yang ke-16 ni agak special sebab ada yang ingat. For the first time, ada orang bagi hadiah kat aku.

Dia bagi hoodie warna kelabu. Warna favorite aku.


Aku janji akan pakai hoodie ni sampai lusuh.

✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔

Harini aku pergi lagi taman tu sambil pakai hoodie semalam. Mana tau boleh jumpa perempuan tu. Semalam masa dia bagi aku tak sempat ucap apa apa. Yang peliknya, dia tau nama aku. Budak sekolah aku kot?


Tengah aku berjalan, akhirnya muncul pun perempuan tu.

"Hi!"
Dia kaget. Lalu cepat cepat toleh kebelakang.

"Awak yang bagi hoodie ni kan?"
Dia tercengang.

"Bukan awak ke?"

✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔
Dahlia POV

"Y-ye. S-saya yang bagi"

Nadim. Crush aku dari zaman form 1. Aku sama umur dengan dia, 16. Dia ni top student tapi takde kawan. Boleh nampaklaa yang dia ni selalu rehat sorang-sorang. Dia pernah ajar aku Math masa aku form 3 and apa yang dia ajar tu aku ingat sampai sekarang.

Sebab dia orang first yang sudi untuk ajar aku, si pelajar corot. Unbelievable kan? Budak top student sanggup nak ajar student corot macam aku ni? Classmate aku pun taknak. Sebab tu, aku appreciate dia.

"Terima kasih....?"
"Dahlia!"
"Dahlia. Thank you so much Dahlia! You really made my day yesterday!"
"Semalam awak makan kek perisa apa?"
"Oh saya tak beli pun..."
"Eh kenapa?"

"Entah. Age factor kot. Rasa macam bila makin membesar, kek hadiah wish semua tu macam tak penting pun. Tapi kalau ada yang wish or bagi hadiah, I really appreciate it."

"Kalau macam tu, saya belanja Nadim kek nak?"
"Eh takpe laa. Awak dah bagi saya hoodie ni dah. Lagipun saya datang nak jumpa awak sekejap je"

Dia macam kerja gila ajak crush aku gi makan kek tapi takpe la.

"Oh hmm... okay"
Aku tundukkan pandangan.
"Kalau saya yang bayar kek tu, saya nak"
"Hmmm... Boleh la tu. Jom!"

✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔
5 BULAN KEMUDIAN...

"Weh Dim, kau aliran mano?"
"Sains la sis"
"Kau?"
"Akaun. Maap sis bukan otak sains" kata Dahlia dengan wajah selenga

"Fulamak. Lepasni masing masing bawak haluan masing-masing. Kau rasa kita boleh lepak skali lagi ke?" Kata Nadim sambil berbaring memandang kelangit.

"Boleh je la. Asal lak tak leh?"

"Weh Ya, kau boleh tak janji satu benda dengan aku?"
"Kita tak sama kelas je kot. Macam tak biasa. Bukan nak mampos dah. Rilek ah kau ni"

"Janji jela dengan aku satu benda"
"Haa apa?"

Lama Nadim berdiam lalu dia bangun dari baring dan duduk sambil memandang Dahlia.

"Kau jangan lupa aku? Walaupun kau jumpa kawan baru ke kau ada pakwe ke, tolong janji yang kau takkan lupa aku. Boleh"

Dahlia ketawa lalu merenung wajah Nadim sedalam-dalamnya sebelum berkata,

"Aku janji Khai. Aku janji"






Aku takkan lupakan kau,
Khairul Nadim,
sentiasa dalam ingatan aku,
walau kita mungkin tak macam dulu,
-Dahlia Ardina-



To Be Continue

23 JulaiWhere stories live. Discover now