-ratna-

6 2 0
                                    

"Keadaan Dahlia stabil cuma dekat kepala dia berlaku satu hentakan kuat"

"Kesan hentakan ni saya dapati menyebabkan berlakunya amnesia. Secara ringkas, terdapat beberapa memori yang dia akan lupa"














"Kau janji untuk tak lupa aku Dahlia?"
"Aku janji"









Dahlia Ardina. Kau janji untuk tak lupa aku,
kan?

Kan?...

Dunia aku terasa gelap dan kosong.
Putaran waktu seakan-akan terhenti.



"Encik Nadim. Cik Dahlia dah sedar"

Ibu bapa Dahlia baru pulang sebentar tadi.

Aku masuk kebilik Dahlia dan biarkan pintu terbuka sedikit. Aku tak sampai hati nak tengok dia. Berbalut sana sini.

"Dahlia....kau okay?"
Dahlia memandang aku dengan wajah berkerut
Diam. Tiada jawapan

Aku mula tak sedap hati.

"Dahlia. Kenal aku tak?"

"Maaf... Awak siapa ya?"

"Oh...."

Hati aku macam nak gugur. Aku tergamam. Kelu lidah. Kaku. Aku terkejut. Sedih. Dan tersentak.

"Kejap ya" Aku call parents Dahlia.

"Dahlia, saya mintak diri dulu ye. Nanti cakap dekat parents awak, bil hospital saya dah bayar. Jadi jangan risau. Assalamualaikum"

"W-waalaikummussalam. Terima kasih. Terima kasih banyak banyak Encik...."

"Nadim. Tak perlu Encik. Kita sebaya"

"Nadim! Terima kasih Nadim."

Aku senyum lalu berlalu pergi. Mata aku mula berkaca. Lalu mengalir perlahan-lahan air mata kemuka aku.

Aku takmampu lagi untuk tahan air mata ni. Dah banyak sangat air mata aku tahan. Dari tahun lepas bulan lepas minggu lepas.




✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐


"Nadim, kenapa kau suka tahan nangis? Tahan kentut aku faham tapi nangis? Aku tak faham"

"Entah laa Dahlia"

"Mesti kau rasa nangis tu lemahkan? Tak jantan laa nangis"

Aku mengangguk perlahan.

"Nangis je laa. Aku tak suka bila orang tahan air mata tu. Kau nak tunjuk kat apa kat orang? Yang kau kuat? Sebab tak menangis. Tak salah pun. Trust me, once kau dah lepas segalanya, kau akan rasa puas. Hilang beban tu satu-satu"

"Hmmm ye laa Dahlia"

✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐₊˚.༄✧˖*°࿐♡⋆.࿐࿔ 𖤐

Aku menangis semahu-mahunya didalam kereta. Aku mintak Pak Syed keluar kejap sebab aku nak ruang. Ruang untuk ekspresikan perasaan.




23 JulaiWhere stories live. Discover now