LIYANA tersentak apabila suara yang agak asing ditelinganya datang menyapa.
Gadis itu menoleh sekilas kearah seorang remaja lelaki yang berdiri tidak dekat dan tidak terlalu jauh darinya.
Lelaki itu membalas tolehan Liyana kemudian tersenyum kecil dibalik topeng yang dipakainya.
“ Boleh saya duduk dekat sini? ” jari tangannya menunjuk kearah buaian kosong disebelah Liyana.
Gadis itu mengangguk kecil namun rasa penasarannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Siapa lelaki disebelahnya ini?
“ Boleh saya tahu nama awak apa? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni? ”
“ Panggil je Haz. Perlu ke kita berjumpa dulu kalau nak berkenalan? ” soalan dibalas dengan soalan.
“ Kenapa saya tak pernah nampak awak dekat sekitar sini? ” ramah Liyana bertanya walhal sikap ramah tidak pernah berada didalam diri gadis itu.
“ Saya jarang keluar rumah sebab selalu meluangkan masa dengan belajar. Tapi hari ni macam bosan jadi saya pun ambil keputusan untuk berjalan disekitar taman. ”
“ Awak ada masalah ke? Banyak betul saya dengar awak mengeluh tadi. ” tanya Haz.
Pipi Liyana memerah malu mengingat kejadian yang baru terjadi. Mengeluh pada langit seperti orang gila? Aduh, malunya.
“ Oh, takdalah. Saya okey je. Cuma teringat drama korea. ” temberang Liyana.
“ Haha, peminat drama lah ni? Comel je. ” balas Haz dan terlihat Liyana yang dipuji, pipinya merona merah seperti buah tomato.
“ Awak boleh kalau nak mengeluh. Awak boleh mengeluh kat semua perkara. Tapi satu yang awak kena ingat. Awak jangan pernah mengalah untuk lawan masalah awak. ” tambahnya lagi.
“ Kalau awak rasa terganggu pasal seseorang, awak cuba alihkan perhatian awak. Contohnya awak boleh belajar. Daripada awak fikir pasal dia, baik fikir cara nak skor dalam exam. ” dia berkata lagi sebelum memilih untuk bangun.
“ Oklah awak. Saya nak kena balik. Assalamualaikum. ” ucapnya sebelum bergegas pergi.
“ Waalaikumussalam. ” dijawab perlahan oleh Liyana. Liyana hanya terdiam mendengarkan kata-kata lelaki itu.
Ada benarnya kata si Haz. Mungkin inilah masanya untuk Liyana fokus kepada sekolah dan lupakan semua tentang si Hadief.
Liyana kemudian beranjak bangun untuk pulang kerumah kerana hari sudah pun mulai gelap.
YOU ARE READING
secret admirer | liyana.
Teen Fiction↳ Langit menjadi saksi bisu cinta kita. ༉‧₊ Update : Setiap Ahad. ( hiatus ) Start : March 11, 2023 End : Author : @oreoluvr_ || 2023