LOCENG berdering menandakan matapelajaran Matematik bagi kelas 4 Gamma telahpun tamat.
Cikgu Mariam berjalan keluar dari kelas dengan keadaan tergesa-gesa kerana ada urusan mendadak yang harus segera dia selesaikan.
Para pelajar mula keluar dari dalam kelas menuju ke padang sekolah untuk memulakan matapelajaran Pendidikan Jasmani bersama Cikgu Adam.
Didalam kelas tersisa beberapa orang pelajar iaitu Hadief, Amirul, Nazmi, Nina dan Liyana.
Hadief tiba-tiba berjalan kearah meja Liyana lalu bertanya. " Liya, aku nak tanya kau sesuatu. "
Liyana dan Nina memandang satu sama lain. " Kau nak tanya apa? " Liyana bertanya semula.
Lalu Hadief meminta Nazmi untuk mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galasnya.
Mata Liyana terbeliak kerana melihat sesuatu yang diminta oleh Hadief adalah buku diari rahsianya.
Hadief meletakkan diari tersebut dihadapan Liyana. " Aku jumpa diari kau dalam buku nota Syariah. Dalam ni aku baca benda yang aku takkan sangka kau tulis. Kau ke yang selama ni bagi aku coklat hari-hari? " tanya Hadief.
Liyana hanya mampu terdiam. Rahsia yang selama ini dia pendam, akhirnya terbongkar kerana kecuaiannya sendiri dan mahu tidak mahu, dia hanya boleh jujur pada situasi ini.
" Iya Hadief, aku yang bagi coklat dan surat dekat kau selama ni. Aku suka kau. Salah ke kalau aku buat semua tu untuk orang yang aku suka? " tanya Liyana kembali.
Hadief hanya mengetap giginya sebelum kembali bersuara. " Jijik. " balasnya.
" Apa? " Liyana bertanya semula kerana takut telinganya salah mendengar perkataan tersebut.
" Jijik, Liyana. Aku tak suka kau, dan aku takkan pernah suka kau. Tolong jangan bercakap dengan aku dah lepasni kecuali kalau ada perkara penting atau urusan sekolah sahaja. " balas Hadief.
" Terima kasih Liyana, kau dah hancurkan persahabatan kita sebab rasa suka kau pada aku. " tambah Hadief sebelum dia,Amirul dan Nazmi bergegas keluar kelas untuk ke padang.
Hening. Itulah situasi kelas yang tersisa dua pelajar perempuan. Liyana hanya mampu terdiam. Perlahan, cecair putih keluar dari mata empunya.
Dia lalu terduduk dan memilih untuk memejamkan matanya. " Mungkin ni cuma mimpi. Nanti aku bangun, mesti takde apa-ape yang terjadi sebenarnya. " bisik Liyana dalam hati sebelum dirinya terlelap.
" Wey Liyana! Kau dah kenapa menangis ni? " tanya seseorang. Liyana kemudian membuka matanya hanya untuk melihat Nina yang menggegarkan tubuhnya.
" Hah? Nangis? Mana ada. " sebut dirinya yang masih mamai baru bangun tidur.
" Gigi kau tak menangis. Dahtu apa benda yang bawah kelopak mata kau tu? " tanya Nina lagi.
Lalu dia segera mengelap air matanya. Segera, dia teringat tentang mimpi itu. Dia menerangkan kepada Nina tentang perkara yang baru sahaja terjadi.
" PJ kan semalam. Harini kita pakai baju uniform lah pandai. " balas Nina. Lalu Liyana baru teringat tentang baju yang dipakainya.
" Hah, tulah kau. Tidur lagi masa Cikgu Zubir mengajar, kan dah mengingau pasal crush. " balas Nina.
" Dah jom pergi toilet, cuci muka kau tu. Lepastu baru kita pergi kantin. " dan hanya dibalas anggukan oleh Liyana.
Selesai sahaja mereka mencuci muka, mereka langsung menuju kearah kantin untuk mengisi perut.
Mereka membeli makanan, lalu duduk untuk menyantap makanan tersebut.
" Wey Nina, asal lambat kau turun? Biasanya masa kantin takda orang, kaulah yang paling awal turun. " tanya Iman.
" Kau tanyalah member kau sekor ni. Orang dah habis kelas, dia boleh lagi tertidur. Mentang-mentang meja kat bahagian belakang. " sindir Nina.
" Hehe, sorrylah korang. Aku terlelap tadi sebab penat sangat. Lagipun, tadi yang cikgu ajar sepatah pun aku tak paham. " kelentong Liyana.
" Alasan jelah yang kau pandai bagi. " jawab Nina sembari memakan mee karinya.
" Ouh Liya, buku diari kau- " belum sempat Nina bercakap, perkataannya dipotong oleh si Liyana.
" Hah? Kenapa? Kau dah jumpa ke? " tanya Liyana. Dan berakhir mendapat cubitan di lengannya.
" Ish, kau ni. Tu makan dia, aku tak habis cakap lagi. Aku nak tanya, kau dah jumpa ke belum? " jawab Nina.
Liyana mengusap lengannya yang dicubit. " Aduh, sakitlah pandai. Tak, aku dah cari tadi. Tapi tak jumpa pun. " Liyana membalas dengan raut wajah yang sedih.
Habis sahaja mereka makan, kemudian mereka bangun dan terus bergegas ke kelas.
Liyana terlalu leka bersembang sehingga di tidak fokus dengan keadaan sekeliling, lalu terlanggar dengan seorang pelajar lelaki.
Brak!
Lalu, Liyana dan pelajar lelaki itu pun terjatuh.
To be continued...
YOU ARE READING
secret admirer | liyana.
Novela Juvenil↳ Langit menjadi saksi bisu cinta kita. ༉‧₊ Update : Setiap Ahad. ( hiatus ) Start : March 11, 2023 End : Author : @oreoluvr_ || 2023