Chapter 2: Kerja Sekolah

33 4 0
                                    

Hai nama saya Khairul,kini saya sedang makan bersama-sama Fahmi,Wafiy dan Ayden.Senang cerita,kini saya memilik tiga orang rakan.

Flashback...

Semasa sesi pembelajaran Geografi.

"Baiklah,murid-murid.Hari ini kita akan buat aktiviti muka surat sepuluh"kata cikgu Anisah cikgu subjek Geografi.

Saya pun membelek muka surat buku teks sehingga muka surat sepuluh.

"Cikgu mahu kamu semua cari beberapa rakan kamu dan tanya mereka naik apa,jarak dan masa ke sekolah"kata cikgu Anisah menjelaskan.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan itu,saya pun menyalin aktiviti tersebut ke dalam buku tulis.Semasa sedang menyalin,saya merasakan ada yang mengetuk kerusiku dari belakang.Saya pun menoleh ke belakang.

"Kau naik apa?"tanya Mycas kepadaku

"Bas,kau?"jawabku.

"Sama"jawab Mycas singkat.

"Masa dan jarak?"tanyaku.

"Dalam lapan minit macam tu,jarak tak tahu.Kau?"tanya Mycas.

"Dalam 15 minit macam tu."jawabku.

"Lamanya,kau duduk mana?"tanya Mycas sambil melihat ke arahku.Wajahnya serius.

"Aku duduk dekat **** " jawabku.

Sebaik sahaja aku memberitahunya,terlihat pada wajah Mycas seperti tidak percaya.Mukanya terlihat jelas sekali tidak percaya.Melihat wajahnya begitu mengingatkan aku tentang reaksi yang sama oleh rakan sekelas ku.

"Dekat **** .Jauhnya,kau pergi sekolah pukul berapa?"tanya Mycas beberapa minit mendiamka diri.

"Dalam pukul 11:25 a.m."jawabku

Mycas hanya mengganggukkan kepala tanda faham.Dia melihat ke arah Wafiy sebelum berkata.

"Khairul cuba awak panggil Wafiy"tanya Mycas.

"Ok"kataku singkat sebelum memanggil Wafiy.

Terlihat Wafiy sedang menyalin latihan yang telah diberikan tadi.Sebaik sahaja saya memanggil namanya,dia menoleh ke arahku.

"Ya?"kata Wafiy menyoal.

"Umm,nama kau Wafiy kan?"tanyaku

"Ya"kata Wafiy sambil melihat ke arah Mycas.

"Kau naik apa Fiy?"kata Mycas secara selamba.

"Kenapa dia boleh bercakap macam biasa,tak macam aku.Gelabah,haha"ujarku dalam hati.

"Saya naik bas"kata Wafiy

"Masa yang diambil dan jarak?"kata Mycas.

"Masa lapan minit,jarak tak pasti."kata Wafiy sambil melihat ke arahku.

"Ouh,ok.Ini kitaorang punya."kata Mycas sambil menghulurkan buku tulisnya kepada Wafiy.

Selepas menyalin, Wafiy memulangkan buku tulisan Mycas kembali.

"Jom rehat sama-sama nanti?"tanya Mycas kepada wafiy semasa mengambil bukunya kembali.

Wafiy hanya mengganggukkan kepalanya.

Kring ! Kring! Kring! Bunyi loceng sekolah berdering.Terlihat cikgu Anisah di hadapan kelas.

"Baiklah murid-murid,ini sahaja untuk hari ini.Cikgu nak esok kerja ini siap"kata cikgu Anisah sebelum keluar dari kelas kami.

Friends:You Guys Are My Best Friends ForeverWhere stories live. Discover now