Chapter 4: Hidung berdarah

18 4 0
                                    


Terlihat beberapa ekor burung yang berterbangan di langit yang biru sebelum mehinggap di celah-celah dahan pokok yang rendang tumbuh di hadapan rumah Nurhan Wafiy.

CIT ! CIT! CIT!
(Bunyi kecauan burung yang memanggil rakan-rakannya yang lain sebaik sahaja mehinggap di atas dahan pohon)


"Angah,tolong bangun sayang.Dah pukul 6:27 pagi dah ni"kata Puan Nadia dengan lembut sambil mengetuk pintu bilik tidur Wafiy.

Terlihat anaknya yang masih tertidur pulas di atas katil,Puan Nadia hanya menggelingkan kepalanya melihat gelagat anak keduanya ini.Dengan lemah lembut,rambut Wafiy dibelai oleh Puan Nadia.Wafiy dengan perlahannya membuka matanya,menatap ibunya, lembut.

"Hhmm..."kata Wafiy apabila Puan Nadia membelai rambutnya.Jam dinding yang menujukan pukul 6:27 pagi dipandang sekilas.

"Dah cepat bersiap dan solat Subuh"perintah Puan Nadia sebelum membelai rambut anaknya itu buat kali terakhir sebelum bereda dari situ.

Melihat ibunya pergi,Wafiy menggosok lembut matanya,membuang taik matanya yang masih terlekat di celah-celah mata sebelum bangun dari katilnya.

"Hm.."kata Wafiy dengan air liur yang masih berbaki di mulut,Wafiy menuju ke bilik air selepas mengambil tuala berdekatan almarinya.

______
______________

"Ugh,sejuknya!"bisik Wafiy yang berlari anak memasuki biliknya dalam keadaan menggigil.Maklumlah yang air pagi-pagi ni biasanya sejuk,sampai mengigil nak mandi hahaha.

Selepas menunaikan solat Subuh, Wafiy turun ke bawah.Menyusun langkahnya ke dapur sebaik sahaja melihat ibunya yang sedang sibuk mempersiapkan bahan-bahan masakan untuk memudahkannya menyiapkan makanan para pelanggan.

"Ibu ,ada apa-apa yang Wafiy boleh tolong?"tanya Wafiy dengan nada lembut kepada ibunya.

Terdengar Puan Nadia ketawa kecil melihat gelagat anak keduanya yang sentiasa ingin membantunya.

"Tolong ibu lapkan meja-meja dekat luar tu,boleh?"jawap Puan Nadia sambil melemparkan senyuman manisnya kepada Wafiy.

Wafiy menganggukkan kepalanya dengan gembira sebelum mengambil kain lap meja di sisi dapur lalu mengelap satu persatu meja sehingga bersih.Puan Nadia ketawa kecil melihat gelagat anaknya itu sambil membasuh bahan-bahan masakan.

--------

Pada pukul 10:30 a.m. terdengar loceng kedai yang sudah berbunyi menandakan para pelanggan sudah tiba,seisi kedai sudah dipenuhi dengan gelak tawa dan haruman masakan yang menusuk hidung.Wafiy yang menolong juga terliur apabila menghidu masakan ibunya iaitu Nasi Goreng Kampung Telur Mata Kerbau.

Wafiy serta adiknya Irsyad,bertungkus-lumus menghantar makanan serta minuman di meja-meja tertentu,air peluh di lap begitu sahaja bagi mengelakkan ia jatuh ke dalam makanan para pelanggan.Manakala ayahnya sedang sibuk menguruskan wang di kaunter pembayaran.

"Ini dia Nasi Goreng Kampung Telur Kerbau dan Air Teh Tarik,tuan"kata Wafiy dengan melemparkan senyum sebelum meletakkan satu persatu hindangan di atas meja tersebut sebelum berlalu pergi.

Jam dinding dipandan sekilas oleh Wafiy yang sekarang sudah menunjukkan pukul 11:30 a.m. ,hanya beberapa minit lagi basnya akan tiba.Wafiy meminta diri daripada ibu untuk menukar pakaian di atas,Puan Nadia hanya mengangguk dengan pantas kerana sibuk menyiapkan makanan para pelanggan yang lain.

Friends:You Guys Are My Best Friends ForeverWhere stories live. Discover now