Flashback:-Sekolah Rendah Bunga Raya-
Mengingat kembali ingatan pahit dan manis,ketikaku masih berada di darjah dua.Semua persahabatan hanyalah tipu hilah semata-mata bagi mendapatkan sesuatu,membuatkanku jemuh dengan sesuatu persahabatan.
"Khairul,nak pinjam duit"tanya Jamal dengan nada sedikit manja menatap ku.Aku yang sedang mengunyah koko crunch yang masih tersesa memandangnya dengan wajah sedikit berkerut.
"Tapi..kau belum bayar lagi duit aku lagi.."jawapku dengan sedikit tinggi.Ini adalah rutin seharianku,kena menghadapnya.
"Alah nanti aku bayarlah esok"jawapnya dengan sepontan sebelum duduk mendekatiku.Memandangku dengan mata yang kesian,cuba memperdayaku.
"...betul?"tanyaku dengan nada sederhana,ingin mendapat kepastiannya.
"Iya!"jawapnya sambil mengangkat tangan kanannya seperti mengangkat sumpah janji.Mungkin kerana aku ketika itu masih belum matang dan lurus bendul,aku memberikannya seringgit.Bukannya dengan nak guna buat makan,tapi guna untuk benda mengarut dekat koperasi sekolah!
Setelah mendapatkan sesuatu yang dia ingin,dia lalu pergi meninggalkan ku berseorang di kantin sekolah.Nanti kena hadap dia lagi dekat sekolah agama lagi...haih.
-Sekolah Agama Bunga Raya-
Kalau dekat sekolah agama,dia akan jadi mulut murai.Membanggakan dirinya sendiri.
"Khairul,kau nak tahu tak.Aku ada rumah dua tingkat,banyak bilik.Ada bilik mainan.Kau nak pergi rumah aku tak?"tanyanya kepadaku,aku yang masih belum matang menggangguk kepala dengan laju.
Inilah rutinnya...kadang-kadang serabut juga kawan dengan dia.Kalau tak ikut atau buat dia marah,dia akan ugut aku untuk memutus persahabatan kitaorang.Mengingat kembali ingatan itu,menyedarku betapa lembabnya aku.
Haih...tapi nasib baik ada juga kenangan manis yang tersirat bersamanya.Iaitu....hmm apa eh? Lupa pula ,hahaha.
End Flashback:
"Korang pergi mana tadi?"tanya Mycas sebaik sahaja kami duduk di sampingnya.Aku memandang Wafiy dengan risau,menantinya untuk membalas pertanyaan Mycas.
"Pergi tandas tadi"jawap Wafiy dengan singkat memandang Mycas.Mycas mencipitkan matanya sedikit menatap kembali Wafiy.
"Hm.."senandung Mycas sambil meletakkan jari jemarinya di bawah dagunya.Seperti dia menyedari sesuatu!
"Khai,pinjam buku kau"tanya Mycas menatapku,terlihat buku tulis Mycas yang terletak di atas lantai surau.Cuba menyiapkan tugasan semalam yang tertangguh.
"Ah,kejap aku pergi ambil"jawapku singkat sebelum rekfles bangun bagi mengambil buku tulis yang berada di koridor tangga.
Berjalan sekitar koridor menuju ke tangga tengah bangunan C,terpapar muril yang di lukis indah oleh bekas pelajar di sekolah ini sebelumku.Terdapat muril yang menyerupai pokok yang berdaunkan bekas tapak tangan para pelajar,serta mural yang dilukis pada dinding bilik komputer di sisi tangga.Sejujurnya aku belum menjejakkan kaki lagi kedalamnya haha.
Beg sekolah yang ku sandarkan di dinding tangga berserta beg biru langit kepunyaan Wafiy segera ku buka,mengambil buku tulis panjang berwarna kuning yang disusun bersama buku tulis panjang yang lain.Tertera nama,kelas dan subjek pada buku tersebut.
YOU ARE READING
Friends:You Guys Are My Best Friends Forever
Teen Fiction(Kisah ini merupakan kisah nyata yang berlaku pada kami berlima tetapi telah diubah usai sedikit) Hai namaku Khairul,aku merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Raya.Semasa aku bersekolah di sana,pelbagai perkara berlaku pada...