Elena - Prolog

5.9K 101 5
                                    

DAHI yang berdarah ditekup. Elena berusaha bangkit dengan mengerahkan sisa-sisa tenaganya yang masih ada. Hunusan mata tajam dari lelaki yang mengikrarkan benci padanya semenjak kejadian dua tahun yang lalu itu masih menyiratkan rasa takut dihati Elena.

Sudah terlalu biasa didera fizikal begini, jadi bagi Elena tidak apa-apa asalkan suaminya puas. Mungkin dengan kelakuan kasar yang Megat Mateen berikan padanya dapat mengurangkan kekecewaan lelaki itu atas sikap curangnya dulu.

Elena sudah terlalu banyak merintih dan memohon pada Megat Mateen atas dosa-dosa yang telah dia buat dahulu. Bahkan dia sendiri sudah berulang kali sujud dikaki Megat Mateen supaya kebencian yang lelaki itu tunjukkan tak menjadi torehan pada kedua anaknya yang tidak bersalah. Ternyata Megat Mateen umpama jelmaan baru yang tidak terkesan sekadar untuk mengasihani darah dagingnya sendiri.

Raid yang dulunya menjadi anak lelaki kesayangan Megat Mateen tak lagi dilayan dengan baik oleh Papanya sendiri. Anak sulung Elena itu seringkali mendapat bentakkan dan amukan dari Megat Mateen.

Elena faham jika Megat Mateen marah dan benci padanya, namun tidak bolehkah Raid dilayan baik sama seperti dulu?

Raid baru saja berusia tujuh tahun. Kanak-kanak seusia Raid hanya perlukan sebuah kasih sayang dari keluarga, bukannya amukan dan kata-kata kasar. Pernah Elena menegur Megat Mateen supaya Raid dilayan elok-elok, bahananya dia yang beralih dikasari oleh lelaki itu.

Sungguh, Elena masih boleh bertahan sekiranya hanya dia yang dilampiaskan kekesalannya, tapi jangan anak-anaknya. Mereka masih kecil dan belum tahu masalah apa yang menimpa ibubapanya. Megat Mateen buat seolah-olah seluruh keturunan Elena menjadi mangsa keadaan diatas kesalahan yang pernah dia lakukan.

"Berdiri! Tenung muka aku dan kau ulang balik apa yang kau cakap tadi?!" Dada Megat Mateen berombak naik turun. Tangannya yang baru saja menolak tubuh Elena sehingga terhantuk ke bucu meja beralih mengenggam rambut wanita yang bergelar isterinya hampir lapan tahun ini.

Wajah Megat Mateen bengis.Tulang rahangnya mengeras. Genggaman rambut Elena diperkuat. Rintihan yang berlagu seolah alunan memuakkan ditelinga lelaki yang dikuasai amarah itu.

"Kau nak ceramah depan aku bak agama?!Tahu apa kau pasal halal haram?! Dulu, masa kau bagi jantan tak guna tu ratah tubuh kau,mana halal dan haram yang kau kata tadi?Sebab sedap sangat bagi jantan tu rasa tubuh kau sampai kau lupa semua tu?! Perempuan tak sedar diri!" Disentap kepala Elena sehingga tersungkur jatuh menjamah lantai.

Bibir Elena bergetar. Nyeri yang bertandang tak pernah surut jika Megat Mateen mengingatkan perbuatannya dulu berulang-ulang kali.

Biarpun peristiwa tersebut bertahun-tahun berlalu, Megat Mateen masih menyimpan dendam itu sampai kini. Apakah orang sekotor Elena tidak layak berubah? Mengapa payah benar dosa masa lalu itu dipadamkan?

"Ell betul-betul dah berubah. Tak boleh ke Abang tengok kebaikan Ell yang sekarang? Ell tegur Abang bukan sebab Ell baik, Ell tegur Abang sebab Ell taknak Abang hanyut macam Ell." Ujar Elena dalam kegetaran pilu.

Senyum sinis Megat Mateen terlukis digaris bibirnya yang nipis.

"Seratus kali kau cakap kau nak berubah pun aku tetap tak sudi nak pandang perempuan kotor macam kau ni suci. Cermin diri kau Elena, selama ni aku tak buka aib kau depan orang luar sebab aku fikir pasal nama baik keluarga aku. Aku mati-matian tak ceraikan kau sebab aku masih ingat janji aku pada keluarga kau dulu. Tapi sekali lagi kau cuba nak tunjuk sisi malaikat kau depan aku macam tadi, aku tak segan bagitau pihak media atas kecurangan kau sebelum ni. Aku akan busukkan nama kau dan jantan keparat tu biar satu dunia tahu.Kau nak aku buat macam tu?!"

Elena mengeleng. Megat Tajul sudah bahagia sekarang, Elena tidak mungkin mencoret kebahagiaan lelaki itu bersama isterinya. Dia sudah terlalu malu pada kerabat bekas kekasihnya itu.

Sehingga kini Elena masih tidak mampu berhadapan dengan keluarga besar saat acara berkumpul diadakan. Elena tidak lagi datang kesana sebagai isteri Megat Mateen kerana suaminya itu tidak pernah lagi mengajaknya.

"Keluar! Bersihkan darah dekat dahi kau lepas tu masuk semula kesini!"

Bangkit tanpa sedikitpun merintih seperti awal-awal tadi, Elena menurut ketika arahan itu disuarakan dengan keras. Elena tahu sebaik saja kakinya masuk semula kedalam bilik ini, batinnya pula yang akan tersiksa.

Sisi gelap Megat Mateen memang menakutkan, bukan saja dipukul, tubuh kotor yang dikatakan lelaki itu juga menjadi amukan nafsu sang suami.

"RAIZ mana Kak Mas?"

Elena bergegas turun kebawah ketika melihat didalam bilik tiada batang tubuh kecil Raiz yang selalunya tidur. Bayi Elena yang hampir menginjak usia dua tahun itu semakin hari semakin aktif kerana baru pandai berlari terkedek-kedek.

Subuh hari ini Elena sedikit terlewat, jam tujuh barulah dia sedar. Mungkin kerana letih melayani Megat Mateen semalaman. Ditambah lagi dahinya masih berdenyut nyeri. Pening masih ada namun Elena paksakan diri bangun.

"Ada tu tengah main dengan Abangnya. Tadi Raiz bangun awal, Kak Mas terus mandikan dan suap dia makan." Beritahu Kak Mas.

Elena senyum sembari mengucapkan terima kasih. Nasib baik Mastura yang Elena gelarkan sebagai Kak Mas baik hati sudi melihat keadaan Raiz dan Raid jika Elena kelelahan.

Sebenarnya tugas Kak Mas hanya membantu melakukan kerja-kerja pembersihan dan masak-memasak, selain itu tiada lagi. Jika berkaitan Raid dan Raiz memang Elena yang menjaga sepenuhnya. Tiada pembantu yang diupah.

Kalau dulu Raid dijaga oleh seorang pengasuh peribadi, sekarang tidak lagi. Megat Mateen sudah tidak sudi mengupah sesiapa lagi untuk menjaga anak-anak mereka. Elena juga tidak terkilan. Lagipula anak-anaknya masih mampu untuk dia jaga.

"Kenapa dengan dahi tu?"

Pertanyaan Kak Mas seharusnya tak perlu dijawab. Elena yakin Kak Mas sudah tahu apa yang terjadi. Selama dua tahun ini banyak kejadian yang diisi dengan kekasaran dan bentakkan dari dalam rumah besar ini.

Malahan pernah beberapa kali sepasang mata Kak Mas mengintai bagaimana tak berdayanya Elena memohon dikaki Megat Mateen supaya dikasihani. Semenjak itu bertalu-talu kekejaman yang dilakukan majikan pada isterinya sendiri.

Kak Mas pernah sekali berusaha menolong Ibu muda ini, namun kebengisan dan kata-kata kasar Megat Mateen mematikan niat baiknya tika itu.vDibandingkan Kak Mas yang hanya mencari segenggam nasi untuk disuap ke mulut, tak terbanding rasanya jika dia terus masuk campur urusan rumahtangga majikannya.

Pasti ada puncanya kenapa Megat Mateen yang setahu Kak Mas lelaki baik hati berubah sekejam ini terhadap isteri dan anak-anaknya. Apa itu Kak Mas tidak mahu cari tahu. Bukan urusannya untuk ikut menyelak kain baju rumahtangga orang lain,sementelah majikannya sendiri.

"Raiz macam mana? Dia menangis tak Kak Mas?" Elena ubah topik.

Kak Mas senyum sambil mengeleng.

"Budak comel tu mana nak menangis. Lepas makan terus berlari kesana kesini dengan Abang Raid. Puan Ell pergilah tengok dekat depan."

Elena izin kedepan melihat anak-anaknya yang sedang bermain bersama-sama. Senyum Elena terukir manis melihat telatah kedua-duanya.

Raiz yang memang lincah tengah mengejar abangnya sambil terkekeh-kekeh ketawa. Beberapa batang gigi didepan sudah kelihatan rapi menghiasi senyum Raiz. Saat mendapat kesempatan begini, Elena selalu membandingkan raut mereka berdua dengan sang Ayah. Walaupun tak sepenuhnya iras, masih terlihat bayangan muka Megat Mateen pada kedua-dua tampang mereka.

Megat Mateen selalu menidakkan Raid dan Raiz bukan anak-anaknya padahal sudah ketara ada kemiripan yang Allah berikan pada anak-anak mereka.

Setiap hari dia berdoa supaya hati Megat Mateen lembut terhadap anak-anak mereka. Jika tak mampu memberi kasih sayang padanya, cukup anak-anak mereka diakui dan diberi perlakuan yang baik oleh lelaki itu saja dah memandai.

Seserdehana itu kerana Elena tidak mahu rakus mencari cinta untuknya lagi. Kebencian Megat Mateen bukan sedikit, mungkin jika ditimbang tara takarannya sudah tak mampu dibuang hatta secubit pun.

Elena Where stories live. Discover now