Elena - Bab 1

3K 72 1
                                    

DUA tahun Elena hidup dalam airmata. Dosa-dosa dulu setiap saat tak pernah lesap.

Sama seperti Megat Mateen yang membenci, Elena pun begitu. Ada hari dimana Elena rasa betapa kejinya dia dulu pada suami sendiri.

Kenapa tega dia mengkhianati Megat Mateen semata-mata kerana kebodohan dirinya yang tak mampu lepas dari bayangan cinta lama. Kenapa dia tidak fikir akibat dari tindakannya yang akan memburukkan orang-orang terdekatnya.

Sekarang Elena baru tahu apa itu penyesalan. Sekarang barulah dia tahu betapa susahnya mengambil kembali kepercayaan orang yang sudah dicuranginya.

Ini bukan mimpi, ini nyata. Ketika Megat Tajul bahagia bersama keluarga kecilnya, diri Elena pula terumbang-ambing mengejar sesuatu yang sukar untuk dia perbaiki lagi. Ini ulahnya, ini kesan yang patut dia terima dan ini hasil yang patut dia tuai selepas tindakan gilanya dulu bermain dengan lelaki lain.

Sampai detik ini perjuangan Elena untuk memastikan hubungan mereka baik-baik saja tak berjaya dinoktahkan. Rumahtangga mereka ibarat mencurah air kedalam minyak, meletup-letup sehingga berlaku pertikaian yang takkan ada penamatnya.

Elena selalu mengalah, selalu. Ketika makian yang dihamburkan, ketika kata-kata kesat diujarkan, ketika kekerasan fizikal yang dia dapatkan, bahkan ketika tubuhnya digunakan penuh kekasaran sekalipun tiada kemarahan yang dia perlihatkan didepan Megat Mateen.

Dia ikhlas, dia sudi dan dia rela asalkan dosa-dosa masa lalunya dapat ditebus walau sebesar butir pasir dihamparan pantai.

Elena berjuang walau perjuangannya langsung tak bernilai dimata Megat Mateen.

Petang ini Elena dikejutkan dengan suara keras Megat Mateen yang marah-marah.Dari balik dapur Elena keluar lantas bergegas menuju keruang tamu. Tiba-tiba satu truk mainan sebesar lengan dicampak ke hujung dinding. Melihat Megat Mateen yang baru saja melontarkan mainan milik Raiz yang sudah retak sedikit dibahagian kepala itu lekas saja Elena sambar dan dukung Raiz masuk kedalam pelukan.

"Kau ni reti jaga anak ke tak sebenarnya?!Mainan bersepah sana sini! Nasib baik benda bodoh tu tak buat aku terpeleset tadi. Kau kalau nak biarkan anak bermain, duduk! Jaga!Bukannya berkeliaran kesana sini!" Jerkah lelaki itu lantang.

"Tadi Ell nak siapkan makanan untuk Raiz."

Megat Mateen mendengus. Mainan Raiz yang berada tak jauh dari hujung kakinya disepak sehingga pecah. Bahu Elena terhinjut.vSerta merta tubuhnya mengundur setapak kebelakang. Raiz dipeluk seerat-eratnya.

Bimbang kalau tiba-tiba Megat Mateen lampiaskan kemarahannya pada dia ataupun Raiz yang tidak tahu apa-apa.

"Sekali lagi aku nampak mainan ni bersepah atas lantai, dengan anak kau sekali aku campak ke dinding. Kau faham?!" Bentak Megat Mateen dengan matanya yang tajam.

Takut-takut Elena mengangguk.

"Kalau tak reti jaga anak baik tak payah beranak! Kecil-kecil dah menyusahkan orang, bila dah besar nanti nak jadi apa?! Penjahat!" Hamburan kata-kata itu meledak di bibir sang lelaki dengan kejamnya.

"Raiz kecil lagi. Abang tak patut cakap macam tu." Hati kecilnya terusik mendengar hinaan daripada Megat Mateen.

"Dari kecillah kena ajar, bila dah besar lain pula jadinya. Kau tu sebagai Ibu sepatutnya didik anak kau ni dengan baik. Jangan sampai besar nanti perangai bangsat kau tu menurun pada anak-anak kau!" Tanpa rasa bersalah Megat Mateen terus-terusan menyakiti hati Elena.

"Abang!" Kolam mata Elena berembun. Sakitnya kata-kata itu ibarat tertusuk ribuan jarum.

"Apa?!" Megat Mateen mencerlung.

"Kau marah? Kau tak sedar macam mana perangai kau dulu? Kau tak reti nak bercermin dengan masa lalu?"

"Ini anak Abang. Dua-dua lelaki yang lahir dari rahim Ell anak Abang. Susah sangat ke nak percaya apa yang Ell cakap ni. Iya, Ell tahu Abang bencikan Ell sebab Ell curang belakang Abang. Iya, Ell juga sedar besar mana dosa Ell pada Abang. Tapi Abang tak boleh layan anak kita macam ni. Ini anak Abang, ini darah daging Abang. Tak cukup lagi ke bukti DNA sebelum ni. Bukti apa lagi yang Abang nak supaya Abang percaya Raiz ni anak Abang?" Elena betul-betul terguris dengan kata-kata Megat Mateen kali ini.

"Aku tak percaya budak ni anak aku. DNA tu sesiapa pun boleh palsukan. Tubuh kau bukan aku sorang saja yang pakai waktu tu. Selama kau jadi isteri aku, berapa ramai jantan yang dah rasa tubuh kau? Tajul! aku!Siapa lagi? Entah-entah kau pun tak tahu siapa ayah budak ni? Betul kan?"

Satu alis Megat Mateen terangkat naik. Elena nampak terpukul dengan kata-katanya. Sekali lagi Megat Mateen dapat puaskan hatinya dengan kata-katanya sendiri. Beribu kesakitan sekalipun yang dia berikan pada Elena takkan mampu melawan kesakitan yang dia tanggung setelah mengetahui perbuatan busuk Elena dibelakangnya.

Selama ini dia percaya Elena itu baik. Elena itu perempuan tepat yang dia angkat untuk dijadikan isteri setelah perbuatan bodohnya menodai Elena tanpa sengaja dulu. Tak sedar rupanya tanggungjawab yang dia junjung selama ini hanya dijadikan bahan ketawa Elena saja. Diam-diam rupanya dia dikhianati. Paling sakit bila hati yang dia kira menjadi tempat pelabuhan paling ampuh hanya dianggap mudah oleh perempuan murahan ini.

Sakit sangat sampai-sampai Megat Mateen tak nampak secuit saja kebaikan yang wanita ini lontarkan padanya. Semuanya nampak palsu dan tak nyata. Semuanya hanya olok-olok sekadar untuk mengelabui matanya. Mana ada perempuan jahat menjadi baik. Kalaupun baik hujung-hujungnya sudah tentu jahat semula.

Wajah Elena berpaling kearah lain. Rembesan airmata sudah tak segan menuruni lekuk pipinya yang mulus.

"Jaga anak kau baik-baik. Aku tak main-main bila aku cakap aku akan campak anak kau sekali dengan mainan bodoh tu kalau dia terus buat sepah macam tadi. Semat kata-kata aku ni dalam kepala otak kau kalau kau masih nak tengok anak kau hidup." Megat Mateen berlalu setelah menuntaskan ayatnya dalam intonasi yang datar dan keras.

Dari bawah Elena masih dapat dengar bantingan pintu yang Megat Mateen lakukan. Kedua bahunya terjongket dek terkejut. Raiz yang berada dalam dukungan diletakkan kebawah.

Elena letakkan satu mainan dicelah paha sang anak. Kemudian Elena beralih mengemas mainan yang berselerakan atas lantai berkarpet sebelum menuju ke dapur dan mengambil makanan Raiz yang belum sempat dia siapkan seketika tadi.

Ruangan dapur sepi. Kak Mas keluar menghantar Raid kerumah Megat Maleek. Beberapa hari ini Raid selalu merengek minta dihantarkan kesana. Kebetulan esok dan lusa cuti sekolah jadi Elena benarkan anak sulungnya menginap.

Siap menyuap Raiz makan, anaknya tertidur kekenyangan. Elena letakkan tubuh kecil Raiz kedalam biliknya sendiri. Selepas memastikan semuanya selamat dia menuju kedalam bilik Megat Mateen.

Baru selangkah masuk kedalam, mata Elena menangkap sesuatu yang janggal. Tubuh tegap Megat Mateen yang baru saja keluar dari bilik persalinan pakaian sedang elok mengenakan jam dipergelangan tangannya. Pakaiannya rapi. Wanginya semerbak membaui bilik mereka.

"Abang nak ke mana?" Soalan Elena tidak dibalas. Megat Mateen hanya melintasi Elena tanpa melihat. Sebaliknya telefon yang lelaki itu renung selama beberapa minit.

Punggung Elena berlabuh atas tilam. Pakaian kerja Megat Mateen yang bertebaran atas katil diambil. Elena kumpulkan menjadi satu. Sebelum bangun untuk meletakkan pakaian kotor sang suami,cdia teringatkan sesuatu. Ketiadaan Raid masih belum diketahui Megat Mateen.

"Ell lupa nak cakap, Kak Mas tadi hantar Raid kerumah Mama. Dua hari ni Raid menginap dekat sana. Abang nak kerumah Mama kan?"

Telefon dimasukkan kedalam saku. Megat Mateen merengus. Dompet yang berada atas meja lampu pula disambar. Dia orak langkah tanpa menjawab.

"Abang, Ell tanya ni.." Lengan Megat Mateen disambar. Elena terhuyung kebelakang bila tangannya disentap.

"Kalau aku tak jawab tu maknanya aku tak nak bagitahu kau. Kau ada otak kan? Takkan tu pun tak boleh nak fikir. Bebal ke kau ni!" Jerkah lelaki itu sambil menunjal sisi dahi Elena berkali-kali.

Elena terdiam. Kaki Megat Mateen makin jauh dari pandangan matanya. Luka yang ada tergores lagi. Elena harap setiap luka yang dicurahkan Megat Mateen ada ubatnya, biar setiap kali dilukai dia tak perlu menekan kesakitan itu lama-lama.

Elena Where stories live. Discover now