Elena - Bab 2

2.6K 67 4
                                    

"PUAN Ell.. Kenapa tak tidur lagi?"

Elena tersenyum memandang Kak Mas yang menegur ditengah malam buta.

"Tadi saya masuk tengok Raiz dalam bilik takut-takut dia tersedar. Tiba-tiba rasa dahaga, jadi saya turun ke bawah. Kak Mas terbangun ke?"

Elena terangkan serba sedikit kegelisahannya malam ini supaya tak nampak curiga. Sebenarnya matanya tak boleh tertutup kerana menunggu kepulangan Megat Mateen. Sudah pukul dua pagi tapi suaminya masih juga belum balik.

Rasa bimbang mengambil alih. Megat Mateen bukannya jenis lelaki yang selalu keluar pada waktu malam. Selalunya paling malam pun jam dua belas pagi. Itu pun jarang sangat.

"Kak Mas keluar sebab nampak lampu terbuka dekat dapur. Kak Mas ingat Kak Mas lupa nak tutup tadi."

Elena tersenyum.

"Kak Mas masuklah tidur semula. Nanti saya tutup semua lampu-lampu ni."

"Kalau macam tu Kak Mas masuk tidur dulu."

Dari ekor mata Elena memerhati langkah kaki Kak Mas yang semakin menghilang dibalik tembok. Menyedari jam makin menginjak ke angka dua setengah pagi, perasaan Elena semakin tidak sedap. Cuba dinyah bayangan buruk yang sedari tadi mengisi mindanya. Jika berlaku perkara yang tidak diingini sudah tentu dia juga akan dimaklumi.

Elena berganjak dari dapur ke ruang tamu. Langsir diselak sedikit. Bila memandang garaj tempat Megat Mateen selalu meletakkan keretanya masih kosong, dia hela nafas panjang. Kemana sebenarnya suaminya pergi?

Kalau sebelum peristiwa dua tahun dulu terjadi, Megat Mateen selalu memberitahu kemana lelaki itu pergi. Memang Elena tidak pernah bertanya sebelum ini, bahkan jarang sekali bibirnya mencari tahu kemana dan dengan siapa suaminya keluar.

Jika ada urusan diluar pejabat yang mengharuskan Megat Mateen turun padang, ketika itulah Elena rasa dia boleh bernafas lega. Masanya untuk bersama sang buah hati akhirnya ada.

Tetapi itu dulu. Benarlah orang kata hargai setiap waktu yang ada dengan sebaiknya jika tidak ingin menyesal dikemudian hari. Elena rasainya hari ini. Dia abaikan Megat Mateen dengan perhatian palsunya dulu untuk orang yang tidak akan pernah bersamanya hari ini.

Sakitnya hari ini akibat perbuatannya dulu. Kadang kala Elena ingin akhiri saja semua ini. Megat Mateen mungkin sudah terlalu tebal membencinya. Tapi mengenangkan anak-anaknya yang kian membesar, dia tabahkan hati menghadapi setiap kebencian yang Megat Mateen siatkan untuknya.

Lukanya memang dalam, tak terhitung berapa banyak kesakitan yang Megat Mateen berikan. Jika tiada sabar, tak mungkin Elena disini lagi.

Baru saja berpindah duduk atas kerusi, bunyi hempasan pintu kereta terdengar. Elena bergegas menyelak langsir. Nampak Megat Mateen yang sedang berjalan, berlari kecil dia untuk membuka pintu utama rumah.

"Lewat Abang balik.cEll risau takut jadi apa-apa dekat Abang."cTerjengul saja tubuh Megat Mateen,csaat itu juga Elena ajukan kata.

Muka bengis Megat Mateen dipandang sesaat sebelum Elena tundukkan pandangannya kekaki sendiri.

"Sejak bila kau peduli aku ada ke tak ada?Rumah ni rumah aku. Bila-bila aku nak balik,cbila-bila aku nak pergi, itu urusan aku bukan urusan kau." Megat Mateen merengus lantas berjalan naik keatas.

Elena tutup pintu. Selepas memastikan ruang tamu gelap, dia ikut naik keatas. Bahasa kasar Megat Mateen tadi sedari awal dia sudah agak akan menerima jawapan yang kurang sedap didengar, bagi Elena dia tidak terlalu simpan semuanya dihati. Cukup melihat Megat Mateen tidak apa-apa dan balik dengan selamat saja sudah buat hatinya tenang.

Elena Where stories live. Discover now