Prolog

40 4 1
                                        

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
[Al-Furqan: 2]

Senyuman cuba dilakar pada bibir walaupun pahit. Pahit, lebih pahitnya dari Americano. Seperti hidupku jua, yang pahitnya melebihi Espresso.

Aku mendongak memandang langit biru, terhias bersama awan putih yang berarak indah. Seolah turut meraikan hari bahagia ini.

Mata dikelipkan beberapa kali. Cuba mengusir takungan air yang berbening pada tubir mata.

"Iffat!" Aku memandang ke arah yang memanggil namaku. Salah seorang rakan sekelasku yang kemas beruniform sekolah. Aku mencalit senyuman sedikit.

"Cikgu ajak bergambar. Jom!" Ujarnya. Serentak itu tanganku ditarik. Aku sekadar membuntuti langkahnya ke arah rakan sekelas yang lain.

Aku pandang pakaianku sekilas. Kemas. Menepati etika sebagai pelawat di sekolah ini. Kemudian mata melirik ke arah pakaian rakan sekelasku yang lain. Kemas beruniform. Pelbagai warna sebagai simbolik jawatan.

Ah, aku hanya merosakkan kesempurnaan gambar!

Hari ini hari terakhir. Hari terakhir peperiksaan SPM, diakhiri dengan kertas Matematik Tambahan. Akhirnya, selepas ditunda akibat wabak, kami berjaya menamatkan SPM walau terpaksa ditunda.

Sekejap!

Kami? Oh tidak, bukan kami. Tapi mereka. Ya, hanya mereka dan aku tidak termasuk sama.

Aku senyum tipis. Kepala kembali didongak. Mudah betul aku menangis sejak akhir-akhir ini. Air mata aku bagai tiada nilai. Jatuh seolah ditarik graviti kuat.

Iffat Haqqani (E-book)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang