BAB 1

41 3 3
                                        

Hari baru dan aku yang baru. Baru? Tidak. Tiada apa-apa yang baru dalam diri aku. Aku seolah merasa diri aku semakin teruk. Hati aku seakan mula goyah apabila diasak ujian hebat ini.

Kalau dulu, aku mampu untuk teguh. Tapi kini hatiku tidak tangguh lagi. Bila bersendirian, takdir menjadi persoalan. Ya, aku mempersoalkan takdir. Mengapa Tuhan tidak berlaku adil padaku? Mengapa kehidupanku tidak secantik alur cerita rakanku yang lain?

Aku mengeluh kecil.

Aku hayun langkah tak bersemangat. Kepala juga langsung tidak diangkat. Sekadar menekur jalan yang dipijak ramai itu. Tangan dimasukkan ke dalam poket baju kurung putih. Sebelah lagi memegang beberapa fail yang berisi bahan sekolah.

Di saat rakan sebayaku sedang mendaki tangga kejayaan yang lebih tinggi. Aku pula masih di sini. Di tangga yang sama. Sama. Kalau berubah sekalipun, sekadar satu anak tangga kecil. Kecil dan tidak bererti.

Sapaan pelajar yang lebih muda dari aku dibalas dengan senyuman tipis.

Akhirnya aku sampai di hadapan kelas. Kelas yang masih sama tetapi penghuninya sahaja yang berubah. Mereka bukan rakan sebayaku. Mereka adalah pelajar yang muda setahun dari aku.

Agaknya apa yang ada di fikiran mereka? Melihat senior mereka di dalam kelas ini.

Aku masuk ke dalam kelas. Meja kosong menjadi tujuan. Sebaik sahaja melangkah masuk, beberapa mata memandang ke arah aku.

Ingin berpatah balik, sudah terlambat. Aku sudah berjanji. Dan aku tidak mahu menjadi seperti dia yang sering memungkiri janji. Dia? Abah.

The perks of being the first daughter?

Perk? Aku senyum sinis. Curse lebih sesuai untuk itu.

The curse of being the first daughter. Well played destiny.

Bagiku menjadi anak pertama adalah sumpahan, kerana dalam tak sedar peribadiku saling tak tumpah sepertinya.

"Kak Iffat okay tak duduk situ?" Tegur salah seorang penghuni kelas itu.

Aku diam. Menganalisa kedudukan mejaku. Tak selesa. Di hadapanku lelaki. Kiri kananku perempuan. Susunan meja seperti peperiksaan memandangkan dunia sedang dilanda wabak.

"Boleh tukar? Saya nak duduk belakang sekali."

Ya, itu sepatutnya yang menjadi tempat aku. Aku budak belakang bukan budak depan.

Kelihatan budak perempuan tadi mengangguk kecil sebelum menyuruh kawannya bertukar tempat dengan aku. Selamat! Terima kasih dik!

Aku memanggung kepala. Sendiri. Melihat yang lain menjamu selera memandangkan waktu rehat sedang berjalan. Aku? Sekadar ke kedai sekolah membeli biskut dan beberapa biji gula-gula. Bukan berjimat, tapi memang aku tak makan makanan kantin. Dari tingkatan satu lagi.

Plastik bungkusan biskut dibuka. Sekeping biskut ditarik keluar dan digigit sedikit ke dalam mulut. Kunyahanku perlahan. Mataku memandang ke depan tetapi fikiranku entah ke mana.

Habis sekeping biskut tiger, botol air 1500 liter dicapai. Ya, aku hantu air kosong. Tak ada makanan tak apa, jangan tak ada air kosong. Rasa macam nyawa di hujung kerongkong nanti.

Tak lama kemudian, loceng kedengaran menandakan waktu rehat sudah tamat. Kelihatan beberapa orang pelajar sudah masuk ke dalam kelas.

Selang beberapa minit, masuk seorang guru lelaki. Subjek pertama selepas rehat hari ini adalah Sains.

Aku pandang buku teks di hadapan. Keluhan kecil terlepas. Tertekan? Ya, tapi siapa kisah jika aku luahkan.

Kau yakin kau boleh, Iffat? Huh? Kawan-kawan kau semua dah berjaya.

"Iffat?"

Aku tersentak. Pandangan dihalakan ke hadapan. Memandang guru lelaki itu dengan keadaan terpinga-pinga.

"Awak okay, Iffat? Jauh termenung." Tanya guru tersebut. Dan kini, hampir semua isi kelas memandang ke arahku.

"Saya okay, cikgu. Maaf." Aku senyum kecil.

Guru tersebut mengangguk kecil sebelum kembali menyambung sesi pembelajaran.

Fokus Iffat!

Rumah sewa...

Shah Haqqani :
-Awakk!
-Tak balik lagi ke?

Buka sahaja telefon sebaik pulang dari sekolah, itu perkara pertama yang aku baca.

Siapa dia? Kawan. Kawan tapi masing-masing menyimpan perasaan? Oh, situationship adalah gambaran yang sesuai untuk kami.

Iffat;
-Yee
-Baru balik. Kenapa?

Telefon aku letak di atas katil. Kaki menapak mencapai tuala, ingin membersihkan badan dan menunaikan solat zohor. Rakan sebilikku sedang bersantai.

Usai menyelesaikan tugas sebagai seorang hamba, aku kembali mencapai telefonku. Tubuh dibaringkan di atas katil.

Shah Haqqani :
-Macam mana sekolah hari ni?
-Okay tak?

Iffat:
-Macam tulah.
-Tak ada yang baik dan tak ada yang buruk.
-Lebih membosankan adalah.

Shah Haqqani :
-Kenapa pula?

Iffat :
-Entah.
-Tak dapat terima kenyataan lagi kut.

Ya, itulah hakikatnya. Aku masih belum boleh menerima kenyataan. Terasa apa yang aku lakukan sekarang adalah beban. Beban berat. Dan aku bencikannya.

Kami berbalas pesanan beberapa ketika sebelum dia meminta diri untuk menyambung kerja. Maklum saja, sedang menjalankan tugas akhir sebagai pelajar, intern.

Aku sambung borak dengan rakan sebilikku. Aku tak tinggal di asrama, tapi menyewa di rumah sewa pelajar.

Iffat Haqqani (E-book)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang